4 Sebab Wanita Menjadi Gemuk Selepas Berkahwin

4 Sebab Wanita Menjadi Gemuk Selepas BerkahwinKebanyakan wanita akan naik berat badannya secara mendadak selepas berkahwin. Perkara inilah ramai wanita tidak inginkan. Mereka ingin sentiasa tampil cantik dan langsing dihadapan suami tersayang. Malangnya ada beberapa perkara yang akan menyebabkan wanita bertambah berat badan selepas berkahwin.

1. Persiapan Perkahwinan
Bagi menempuhi hari bahagia ini, wanita akan diet dan tidak makan sebelum bersanding. Kerana itulah ramai wanita kelihatan cantik dan anggun pada hari persandingan mereka. Namun apa yang terjadi selepas hari persandingan mereka, mereka akan makan sebanyak yang mungkin bagi menggantikan apa yang sebelum ini.

2. Makan Bersama Suami
Mengikut kajian, lelaki lebih banyak makan berbanding wanita, tetapi berat badan lelaki susah untuk bertambah disebabkan mereka banyak melakukan pergerakan dan pekerjaan. Oleh yang demikian, mana mungkin si isteri ingin membiarkan suami makan seorang. Mesti hendak berteman.

3. Waktu Di Dapur
Ketika baru berkahwin, pasangan suami isteri lebih banyak menghabiskan waktu bersama untuk memasak didapur. Tidak mustahil bagi pasangan suami isteri naik berat badan pada waktu itu.

4. Kurang Bersenam
Selepas seharian penat mengurus rumah, wanita akan jadi malas untuk melakukan senaman. Disebabkan itulah wanita menjadi gemuk selepas berkahwin. Bagi yang berkemampuan, mereka mempunyai orang gaji sendiri.

P/s: Kepada wanita, buat persedian rapi sebelum berkahwin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *