5 Kesan Penggunaan Gadget Terhadap Kondisi Anak

5 Kesan Penggunaan Gadget Terhadap Kondisi AnakJangan terkejut andai anda melihat anak kecil sudah pandai menggunakan iPad, bijak menggunakan iPhone dan pelbagai lagi gadget yang terdapat diatas muka bumi ini. Ada ibu bapa yang menghadiahkan gadget yang harganya beribu ringgit kepada anak mereka sempena ulang tahun kelahiran yang pertama.

Ternyata dizaman yang serba moden ini, sangat susah untuk dipisahkan antara manusia dan kemajuan teknologi. Tahukah anda wahai ibubapa, terlalu banyak menggunakan gadget akan memberi kesan negatif kepada kesihatan anak anda. Ini akan memberi kesan jangka panjang sehingga boleh membawa maut.

Penyebab Berat Badan Bertambah

Jika anak anda terlalu banyak bermain dengan gadget yang anda berikan, aktiviti fizikal anak anda akan berkurang. Mereka hanya akan duduk dan bermain dengan gadget tanpa sebarang gerakan fizikal yang boleh memberikan mereka sedikit kepenatan. Pemberian gadget pada usia muda anak anda mampu memberikan anak anda penyakit seperti obes.

Tidak Biasa Untuk Bergaul

Ini merupakan kesan yang perlu ibubapa pandan serius. Anak yang terlalu lama dan terlalu asyik dengan gadget, akan kurang aktiviti sosialnya. Ini akan menyebabkan mereka tertekan dan mudah rasa kesepian.

Kecerdasan Semakin Berkurangan

Gadget akan menyebabkan tahap kecerdasan pemikiran anak ada berkurang. Mereka semakin malas untuk menggunakan akal mereka untuk berfikir. sebaliknya mereka lebih senang menggunakan kemudahan yang tersedia. Sebagai contoh ketika melakukan pengiraan mudah, mereka lebih suka untuk menggunakan kalkulator.

Mengganggu Jadual Waktu

Tidak salah untuk anda jika terus berkeras untuk memberikan anak anda gadget. Tapi beri sekali dengan pengawasan yang maksimum dari anda sebagai ibu dan bapa. Andai anak anda terjebak dengan gadget pemberian anda sendiri, jadual waktu makan, tidur dan belajar akan terganggu.

Gila Dengan Gadget

Anda akan menghadapi kesusahan jika anak anda sudah terlalu gila dengan gadget. Pelbagai perkara negatif yang akan menyusul dikemudian hari. Oleh itu, kawal penggunaan gadget anak anda sebelum ianya melarat sehingga besar kelak.

Entri kali ini ditulis khas kepada blog Denaihati. Semoga perkongsian ini mampu membuka sedikit pemikiran kita tentang bahayanya gadget terhadap anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.