5 Tanda Anda Belum Bersedia Untuk Kahwin

5-tanda-anda-belum-siap-nikahMendirikan rumah tangga atau bahasa mudahnya adalah berkahwin adalah menjadi impian setiap insan diatas muka bumi. Namun itu, sejauh manakah kita untuk persiapkan diri bagi mendirikan rumah tangga? Mampukah kita menjadi ketua dalam sesebuah keluarga? Oleh itu, mari kita semak tanda-tanda anda belum bersedia untuk kahwin.

Selalu Minta Putus

Bergaduh dengan pasangan sudah menjadi lumrah dalam percintaan. Tapi apa yang menampakan anda seorang yang masih belum bersedia untuk berkahwin adalah sering minta putus ketika bergaduh.

Takut Pada Komitmen

Alasan ini sering dilontarkan oleh mereka yang bercadang untuk berkahwin muda. Mereka cukup takut untuk memberi komitmen kepada keluarga. Mereka takut kehilangan dunia social mereka.

Takut Pada Perubahan

Siapa yang tidak takut pada perubahan. Dari single kepada isteri hinggalah mempunyai anak dalam masa yang singkat mampu memberi sedikit kerisauan dalam diri. Oleh itu, carilah dan pelajarilah kehidupan selepas berkahwin.

Tiada Hala Tuju

Bila ditanya kepada lelaki apa yang mereka cari dalam hidup ini, ada diantara mereka tidak mampu untuk menjawab. Ini ternyata mereka akan gagal juga untuk merancang sebuah keluarga yang bahagia.

Sering Tertanya-tanya

Tidak kira lelaki atau perempuan, mereka pasti akan tertanya-tanya adalah pasangan yang mereka pilih itu adalah pasangan yang terbaik untuk menuju kehidupan yang kekal abadi kelak.

Oleh yang demikian, sebelum bersedia untuk mendirikan rumah tangga, carilah ilmu dan pelajari dari mereka yang berpengalaman. Jangan dibiarkan rumah tangga yang anda bina musnah dalam masa yang cukup singkat.

1 thought on “5 Tanda Anda Belum Bersedia Untuk Kahwin

  1. zack

    aku memang tak kawin dan tak akan kawin,sebab aku takut dUnia single aku hncur sama sekali seperti aku selalu-jamming,main ps4,lepak kdai mkn sorang2..klau aku kawin dh tntu 3 bab ni dh hilang..single is awesome..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.