6 Rahsia Lelaki Yang Patut Diketahui Oleh Wanita

6 Rahsia Lelaki Yang Patut Diketahui Oleh WanitaSiapa cakap lelaki dan wanita sama? Lihat sahaja pada tubuh fizikal sudah menampakan perbezaan. Ya! lelaki dan wanita memang berbeza dan perbezaan itulah yang membuatkan mereka saling melengkapi. Tahukah anda wahai wanita bahawa lelaki punyai rahsia yang jarang mereka kongsikan. Andai anda dapat kuasai rahsia ini, hubungan anda pasti bahagia.

Lelaki Mudah Rasa Kesepian

Jangan ingat rasa kesepian hanya untuk wanita. Semakin tua seseorang lelaki, semakin mudah dia rasa kesepian. Lihat sahaja lelaki tua yang ditinggalkan isterinya, boleh jadi gila dibuatnya.

Emosi Mudah Terganggu

Perkara ini telah diketahui sejak dulu. Lelaki sejati adalah lelaki yang mengalirkan air matanya. Apa menambahkan lagi kesejatian seseorang lelaki apabila air mata itu dialirkan bukan dihadapan orang tersayang sebaliknya dihadapan Maha Mengetahui.

Makin Tua Makin Bijak

Itu tidak dapat lagi disangkal. Lelaki yang bertambah usianya lebih tentang dan bijak. Lelaki muda suka bersaing dalam apa jual hal sekali pun. Namun bagi lelaki yang lebih tua, kerja sama adalah yang terbaik.

Tidak Peduli Tentang Perasaan, Fokus Pada Penyelesaian Masalah

Pernah luahkan masalah kepada rakan bagi lelaki mahupun perempuan? Lelaki lebih suka dan fokus bagi menyelesaikan masalah berbanding perempuan yang hanya akan turun menangis mendengar masalah.

Suka Melihat Wanita Cantik

Wanita perlu tahu, lelaki suka melihat perempuan cantik. Oleh itu, tugas anda untuk menambat hati pasangan anda agar pasangan anda tidak curang. Kalau boleh, izinkan suami anda kahwin lagi.

Akulah Bos

Lelaki tidak suka dipimpin. Mereka suka untuk memimpin. Mereka merasa bila mereka dipimpin oleh pasangan, seolah-olah darjat mereka jatuh dan sangat memalukan.

One thought on “6 Rahsia Lelaki Yang Patut Diketahui Oleh Wanita

  1. aisya89

    No.7..MEMBISU/DIAM DIRI
    biasa nya lelaki akan membisu apabila mereka didalam situasi yg besar..adalh ego bagi lelaki meluahkan rasa kpd org lain..sbg seorg lelaki yg agak berusia/matang mereka lebih cederung memikirkan masa depan atau berpandangan jauh..selalunya jika sesuatu yg diingini tdk dpt direalisasikan maka mereka akan membisu kerna mereka tahu tdk mungkin tercapai..misalnya mencintai seorg gadis yg sudah berpunya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.