8 Ciri Lelaki Gentlemen

8 Ciri Lelaki GentlemenRamai wanita beranggapan bahawa lelaki gentlemen itu adalah seorang yang kaya raya. Yang memiliki kereta sport. Tapi bukan itu yang dimaksudkan dengan istilah lelaki gentlemen. Kalau nak tahu macam mana kita nak kenal seseorang itu gentlemen atau tidak, cuba selidik ciri-ciri lelaki gentlemen dibawah ini. Kalau ada, boleh terus jadikan suami.

Sopan Santun

Sopan santun dengan pondan lain. Jangan sesekali disamakan dua istilah ini. Seorang lelaki yang gentlemen bukan sahaja sopan santun terhadap kekasih bahkan kepada ibu bapa mereka sendiri dan ibu bapa anda sekali.

Pegang Tangan

Kalau masa bercinta dulu si lelaki pegang tangan anda, ia bukan lelaki gentlemen tapi lelaki gatal. Tapi kalau lepas kahwin suami anda masih pegang tangan anda walaupun sudah bercucu, itulah lelaki gentlemen yang sebenar.

Ambil Berat

Lelaki gentlemen merupakan seorang yang bagus dalam pendengaran dan tahu teknik memujuk. Cuba anda uji si dia dengan mengadu masalah anda samada  ditempat kerja atau lain-lain. Kalau si dia buat tidak endah, tinggalkan dia dan cari lelaki lain.

Cakap Berlapik

Jarang kita dengar lelaki gentlemen bermulut celupar. Ya! Lelaki gentlemen pandai menyusun kata-kata. Walaupun dia terluka dengan perlakuan anda, tapi dia pandai untuk menegur sacara baik.

Kentut Dan Sendawa

Perlakuan seorang lelaki gentlemen sentiasa senonoh. Mereka tidak akan  kentut dan sendawa di depan anda mahupun dikhalayak ramai. Kalau mereka hendak buat sedemikian, dia akan minta izin untuk ketandas atau tempat jauh dari orang ramai.

Mudah Meminta Maaf

Lelaki gentlemen mudah dan cepat untuk meminta maaf andai melakukan kesalahan. Perlakuan ini sangat disukai wanita kerena wanita sangat senang bila berdampingi dengan lelaki yang tidak ego.

Konsep After You

Untuk lebih faham, lelaki gentlemen sering mengamalkan frasa ‘ladies first’. Mereka akan bukakan pintu kereta, ambilkan makan untuk wanita dan sebagainya.

Tidak Merokok

Ya! ini merupakan point penting untuk menjadi seorang lelaki gentlemen. Ketahuilah wahai lelaki, wanita tidak suka akan lelaki yang merokok. Hentikan tabiat merokok anda. Ianya hanya merugikan anda dalam pelbagai aspek.

One thought on “8 Ciri Lelaki Gentlemen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *