8 Jenis Ciuman Dan Ertinya

8 Jenis Ciuman Dan ErtinyaCiuman merupakan salah satu tanda bentuk rasa sayang antara dua insan. Namun tahukan anda ada beberapa jenis ciuman yang memberi makna yang berbeza. Ketahui jenis dan makna ciuman yang anda berikan agar si dia tidak terluka dengan anda. Semoga hubungan anda kekal sampai bila-bila.

Ciuman Di Kening

Jarang orang kita buat ciuman di kening. Ciuman di kening menandakan perasaan yang ‘hangat’. Ianya juga memberi makna ‘Aku ingin kita bersama selamanya’.

Ciuman Di Tangan

Kebiasaannya ciuman di tangan merupakan tanda hormat kita pada orang yang lebih tua. Cuba kita perhatikan seorang jejaka yang jumpa perempuan cantik, pasti mereka akan cium tangan perempuan tersebut seolah-olah mengatakan ‘Aku mengagumi mu.”

Ciuman Di Pipi

Ciuman di pipi biasanya menunjukan sebuah hubungan silaturahim. Seperti yang dilakukan oleh ayah,ibu saudara dan rakan-rakan. Kucupan ini mendatangkan rona bahagia kepada mereka.

Ciuman Di Telinga

Ciuman ini memberi tanda pujian yang bersifat intim. Ia ingin mengatakan bahawa anda adalah dunia baginya. Selalunya ciuman ini disusuli dengan bisikan lembut dan sebuah dakapan mesra.

Ciuman Di Leher

Leher merupakan kawasan hot spot bagi wanita mahupun lelaki. Ciuman dikawasan ini menunjukan bahawa jiwa dan diri anda bersatu. Cium kawasan ini ketika hubungan seks untuk hasil yang lebih puas.

Ciuman Di Perut

Kebiasaannya ciuman ini dilakukan ketika hendak melakukan hubungan seks. Jika anda melakukan ciuman ini, ianya bererti bahawa anda sudah bersedia untuk melakukan aksi seterusnya.

Ciuman Di Bahu

Ketika si dia mencium bahu anda, ia memberi erti bahawa si dia mahukan anda. Si dia inginkan belaian dan juga ingin dimanja oleh anda.

Ciuman Di Bibir

Selalunya ciuman di bibir memberi makna percintaan. Semakin dalam sesebuah ciuman itu, boleh mendatangkan ghairah. Andai sahaja ciuman ini semakan nakal dan liar, tidak mustahil hubungan intim akan terjadi. Kepada mereka yang belum kahwin, sila elakkan. yang sudah kahwin, selalukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.