Persamaan Lelaki Dan Perempuan Yang Beri Bahagia

Persamaan Lelaki Dan Perempuan Yang Beri BahagiaKita sering tertanya-tanya apakah dia persamaan antara lelaki dan perempuan yang membuatkan masing-masing bahagia. Tapi apakah dia? Cintakah? Jawapan yang paling tepat adalah peluk. Peluklah pasangan anda sehari sekali untuk nampak lebih muda. Dengan pelukan juga mampu membuang segala masalah dan kekecewaan. Pelukan ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Yang baru bercinta, sila jauhi perlakuan ini sebelum kasut hinggap di pipi anda.

Pelukan Tangan Melingkari Bahu

Pelukan ini menunjukan rasa hormat,sayang dan kagum anda pada pasangan anda. Seeloknya beri pelukan ini sewaktu dirumah ketika menikmati sinaran cahaya bulan dan saling berpandangan.

Pelukan Tangan Melingkari Dada

Pada ketika pelukan ini dilakukan, ianya memberi suatu harapan baru dan kenyamanan yang luar biasa. Berilah ketika pasangan anda gugup dan rasa tidak tentang. InsyAllah segala perasaan negatif tersebut akan hilang dengan pelukan ini.

Pelukan Tangan Melingkari Pinggang

Raih secara lembut pasangan anda dibahagian pinggang. Dengan keadaan ini, anda akan rasa lebih dekat dengan pasangan anda. Rasakan kehangatan tubuh pasangan anda. Letakkan kepada anda dibahagian dada dan dengarlah bahawa setiap degupan jantung pasangan menyebut nama anda.

Pelukan Dari Sisi Kiri Atau Kanan

Rebahkan kepada anda didada pasangan anda untuk merasa lebih nyaman. Bukan itu sahaja, dengan pelukan ini juga anda akan rasa lebih terlindung dan terjaga.

Pelukan dari Belakang

Kadang-kadang anda peluk pasangan anda dari  arah belakang dan ini membuatkan dan sangat manja dan memerlukan kasih sayang. Perasaan ini akan terus tembut ke dalam dada pasangan anda.

Kepada suami isteri yang masih belum peluk pasangan mereka, silalah peluk sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.