3 Cara Terbaik Untuk Berkomunikasi Dengan Anak Anda

3 Cara Terbaik Untuk Berkomunikasi Dengan Anak AndaUntuk mendidik anak bukanlah mudah. Adakalanya anda perlu melarang mereka dari melakukan sesuatu. Bukan itu sahaja, anda juga perlu menegur mereka andai apa yang mereka lakukan itu salah. Tapi sayangnya, tidak semua anak mampu menerima apa yang anda tegur. Salah satu puncanya adalah cara anda berkomunikasi dengan anak anda.

Cara Melarang Anak Anda
Jangankan anak anda, anda sendiri sebagai ibubapa pasti tidak suka untuk dilarang. Dengan melarang anak anda, ianya akan membuatkan mereka lebih tertekan dan marah. Apa yang kami boleh katakan disini, jauhi perkataan ‘jangan’ untuk melarang anak anda melakukan perkara yang salah.

Contohnya anak anda minta untuk dibuatkan sandwich pada malam hari ketika anda hendak tidur. Daripada anda menggunakan perkataan tidak atau jangan, lebih baik anda menggunakan ayat yang seperti ini ‘Sudah pukul berapa ni sayang? kalau buat mesti lama. Esok pagi kita buat bersama-sama ye’. Dengan ayat ini membuatkan mereka lebih paham bahawa anda sedang melarang anda.

Cara Berkomunikasi Dengan Anda Yang Kecewa Dan Sedih
Ketika melihat anak anda sedih atau kecewa, dengan bertanya ‘kenapa’ tidak menyelesaikan masalah. Bahkan, ianya akan membingungkan anak anda untuk menceritakan masalah mereka kepada anda.

Oleh itu apa yang boleh anda lakukan adalah terus katakan kepada anak anda seperti ‘ibu boleh lihat anak ibu kecewa’ atau ‘anak ibu nampak sedih hari ini’. Kunci utama adalah tidak menggunakan ayat pertanyaan sebaliknya gunalah ayat pernyataan.

Ini adalah untuk memancing anak anda menceritakan masalah mereka kepada anda. Andai anak anda mula bercerita, dengar baik dan beri nasihat yang berguna.

Cara Menegur Salah Mereka Secara Tidak Langsung
Contohnya ketika anak anda sedang makan, mereka suka sangat bercakap. Biarkan dulu dia bercakap dan jangan tegur dahulu. Ketika mereka diam, katakan ayat ini ‘Kan bagus kalau macam ni. Masa makan, kurangkan bercakap ye sayang’. Berikan sedikit pujian dan cuba elakan anak anda rasa bersalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.