Sesetengah pasangan berasa risau dan tidak tentu arah bila berhadapan dengan malam pertama. Ada sesetengah orang, bila berbicara tentang malam pertama, mereka hanya bercerita tentang hubungan seks sahaja. Selain itu, anda boleh lakukan beberapa perkara seperti yang dinyatakan untuk membuatkan malam pertama anda lebih bermakna.
Tunjukan Sikap Romantik Anda
Kalau sebelum berkahwin anda tidak menjunkan sikap romantik anda, inilah masanya. Jangan sesekali rasa malu untuk menunjukan rasa malu kepada pasangan anda. Jangan menghampakan pasangan anda ketika anda tidur bersama buat pertama kalinya.
Menghias Bilik Tidur
Ini menjadi kemestian untuk pasangan yang baru berkahwin. Jangan biarkan bilik tidur anda bersepah. Hias bilik tidur anda agar selesa untuk anda lakukan apa sahaja.
Guna Cahaya Lilin
Percayalah bahawa dengan penggunaan lilin, mampu memberikan perasaan yang berlainan. Pasti anda akan rasa lebih kasih dan sayang terhadap pasangan anda. Pastikan anda tempatkan lilin ditempat yang selamat.
Sentiasa Berbau Harum
Tolong pastikan bahawa anda dalam wangi ketika malam pertama. Ada sesetengah pasangan terus tidur kerana terlalu penat pada siang hari ketika majlis pernikahan. Ini memberi pandangan negatif kepada pasangan anda.
Hubungan Intim
98% yang berkahwin, proses ini tidak dapat dielakan. Oleh itu, lalui dengan nyaman. Jangan sesekali sakiti pasangan anda dengan pergerakan yang dia sendiri tidak rela.
Jangan wujudkan titik hitam pada malam pertama anda.