7 Cara Atasi Anak Pemalu

7 Cara Atasi Anak PemaluAdakah anak anda seorang yang pemalu? Sebagai ibubapa, mempunyai anak yang mempunyai sifat pemalu, perlu dipandang serius. Rasa malu bukan senang untuk diatasi. Ada yang anak yang terbawa sifat malu mereka hingga dewasa. Ibu bapa tidak perlu risau kerana ada 7 cara untuk mengatasi sifat malu anak anda.

Drama Ataupun Lakonan
Salah satu cara untuk membantu anak yang pemalu adalah dengan mendaftarkan anak anda ke kelas drama ataupun kelas yang memerlukan dia bercakap dan berinteraksi dengan orang ramai. Adakalanya cara ini tidak berkesan. Pujuk anak anda supaya dapat menghayati watak lakonan yang akan dilakonkan.

Berlatih
Kesinambungan dari point pertama, kebiasaan anak yang pemalu takut untuk memulakan sesuatu yang baru. Oleh itu, beri latihan terlebih dahulu. Besar kemungkinan rasa takut itu akan mula hilang.

Beri Kata Semangat
Sesetengah anak kecil suka mencuba sesuatu yang baru. Tidak bagi anak yang mempunyai sifat pemalu. Mereka akan fikir untuk melakukan sesuatu yang baru. Beri dorongan positif kepada anak anda tanpa ada tekanan mahupun paksaan.

Jangan Terlalu Kecewa
Ibu bapa yang mempunyai anak dengan sifat pemalu, diharapkan tidak berasa kesal. Jauhi sikap kesal dan kecewa anda. Jika anda ada sifat tersebut, ianya akan membuatkan anak anda rasa tidak berharga lagi. Jadi teman baik kepada anak anda.

Jadi Pendengar Yang Baik
Anak anda berhak untuk mengutarakan pendapat mereka. Oleh itu, jadilah pendengar yang baik. Cari apa yang mereka suka. Dari situ, anda tahu untuk mengembangkan peribadi mereka disamping mengurangkan sifat malu.

Jangan Berniat Untuk Mengubah
Setiap insan mempunyai peribadi yang berbeza, termasuk anak anda juga. Jangan ubah mereka. Sebaliknya bantu mereka untuk mereka sendiri ubah diri sendiri.

Banyak Bersabar
Jangan paksa anak anda untuk melakukan sesuatu yang dia sendiri tidak suka. Mereka perlukan semangat dan bukan paksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.