6 Mitos Vs Fakta Tentang Seks

6 Mitos Vs Fakta Tentang SeksApa cerita yang anda pernah dengar tentang seks? Apa pula cerita yang direka rakan anda sehinggakan anda ingin melakukan seks? Ikuti mitos dan fakta tentang seks yang anda perlu tahu.

1. Mitos : Semua orang pernah melakukan seks sebelum menikah!
KENYATAAN : Jangan sesekali percaya andai semua orang pernah melakukan seks sebelum bernikah. Percayalah masih ada yang menjaga kehormatan mereka untuk insan tersayang selepas bernikah nanti.

2. Mitos : Lelaki sentiasa bersedia untuk seks.
KENYATAAN : Ada sesetengah orang tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Menurut kajian yang dilakukan, 2 dari 3 lelaki lebih suka menjalinkan hubungan tanpa seks.

3. Mitos : Wanita tidak pernah disuruh untuk melakukan seks.
KENYATAAN : Setiap insan memiliki kisah yang berbeza. Tekanan dan suruhan boleh hadir dari sesiapa sahaja. 1 dari 5 wanita mengatakan bahawa mereka telah menerima tekanan dari seseorang untuk melakukan seks.

4. Mitos : Anda akan menikah dengan orang yang belum melakukan seks.
KENYATAAN : Malangnya mitos ini tidak benar. Dalam dunia yang semakin pesat dan hubungan sesama manusia semakin bebas, besar kemungkinan anda akan bernikah dengan mereka yang pernah melakukan seks.

5. Mitos :  Minum arak dan ubat membuatkan seks lebih senang.
KENYATAAN : Jika anda melakukan hubungan seks dalam keadaan mabuk, ianya amat sukar untuk anda mengawal proses hubungan tersebut. Dengan ini boleh menyebabkan pasangan anda hamil walaupun dalam keadaan tidak sedia.

6. Mitos : Wanita tidak boleh hamil ketika pertama kali melakukan seks.
KENYATAAN : Andai sel telur anda wahai wanita telah menerima sperm dari lelaki, ianya akan menbuatkan anda hamil tidak kira ianya untuk kali pertama atau tidak. Untuk mengelak hamil adalah tidak melakukan hubungan seks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.