Rasa cemas apabila dipanggil untuk ditemuduga? Andai ini merupakan kali pertama anda berhadapan dengan situasi temuduga untuk bekerja, anda patut ikuti langkah-langkah yang kami sediakan ini.
1. Siapkan Segala Dokumen
Pastikan segala dokumen penting dan resume anda telah siapkan paling lewat sehari sebelum sesi temuduga dilakukan. Pastikan segala ejaan pada dokumen yang anda sediakan betul.
2. Cari Maklumat Tentang Syarikat Yang Menemuduga Anda
Kami pasti, anda akan ditanya apa jenis perniagaan yang dilakukan syarikat yang anda hendak bekerja. Dapatkan segala maklumat penting. Ini akan membuatkan mereka memandang anda begitu serius untuk mendapatkan kerja yang ditawarkan.
3. Lakukan Latihan
Berlatih untuk menjawab segala pertanyaan yang mungkin ditanya. Lakukan latihan bersama rakan ataupun dihadapan cermin. Pastikan segala jawapan yang diberikan jelas dan lancar.
4. Jaga Penampilan
Pastikan pakaian anda sesuai untuk sesi temuduga. Baju dan seluar digosok rapi. Kenakan sedikit wangian agar anda berasa nyaman dan menampakkan keyakinan diri anda.
5. Datang Awal
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi semasa anda dalam perjalanan untuk ditemuduga. Mungkin kereta anda akan rosak dan sebagainya. Pastikan anda hadir awal ke tempat temuduga.
6. Sediakan Buku Kecil dan Pen
Adakalanya mereka yang menemuduga anda akan menyuruh anda mencatatkan sesuatu yang penting seperti tarikh untuk anda datang semua dan sebagainya. Untuk itu, pastikan anda sentiasa membawa pen dan buku kecil untuk mencatatkan segala apa yang penting.
7. Ucap Terima Kasih
Kebiasaan mereka yang pergi sesi temu duga akan lupa untuk mengucapkan terima kasih. Bagi anda yang menbaca tips ini, pastikan anda mengucapkan ucapan terima kasih.