Rasa seronok akan timbul bila mempunyai pasangan. Namun anda hari berhati-hati dalam bab memilih pasangan. Selain mencari lelaki yang baik dan tidak mempermainkan anda, ada baiknya untuk anda perbaiki diri agar tidak mudah dipermainkan. Teruskan bacaan untuk ketahui ciri-ciri wanita yang mudah diperdaya lelaki.
1. Terlalu Menurut
Wanita yang terlalu menurut sangat mudah dipermainkan pasangan sekali gus menyebabkan hati terluka. Ubah diri anda wahai wanita untuk menjadi tegas sedikit. Anda pasangannya dan anda mempunyai hak untuk memberi teguran dan nasihat.
2. Selalu Menganggap Diri Bersalah
Di zaman yang sebar moden ini wanita harus menjadi lebih kuat. Jangan selalu anggap diri anda sahaja yang salah. Adakalanya pasangan anda yang salah tapi anda terlalu takut untuk membantah. Bangun wahai wanita!!
3. Mudah Percaya
Dalam percintaan, kepercayaan tersangatlah penting. Tapi jika anda terlalu percaya dengan pasangan dengan asas yang kukuh, anda mungkin akan dipermainkan. Hati-hati wahai wanita.
4. Pendiam
Kata pepatah ada mengatakan bahawa diam itu emas. Namun menjadi wanita yang terlalu pendiam ada kesan buruknya juga. Anda perlu ada kemahiran untuk berkomunikasi agar dalam membeza yang mana baik dan yang mana buruk.