4 Tanda Dia Bukan Sahabat Sejati Anda

4 Tanda Dia Bukan Sahabat Sejati AndaSudah semestinya anda semua tahu apa yang dimaksudkan dengan sahabat. Insan yang selain ahli keluarga yang sanggup menerima kekurangan, saling memberi sokongan dan sudah semestinya insan selalu membuatkan anda ketawa. Mungkin anda begitu mudah untuk mendapat rakan baru tapi sedarkah anda bahawa begitu susah untuk memiliki seorang sahabat sejati. Teruskan bacaan untuk ketahui tanda dia bukan sahabat sejati anda.

1. Tidak Pernah Ingat Tarikh Lahir Anda
Sambutan ulang tahun bagi setiap tahun adalah perkara yang biasa dan hal kecil bagi sesetengah insan. Tapi dengan ini, anda dapat ketahui siapa sahabat sejati anda.

2. Melupakan Anda Jika Sudah Memiliki Kekasih
Ini merupakan perkara yang sering terjadi. Seorang sabahat sanggup melupakan sahabatnya yang lain hanya kerana kekasih yang baru sahaja dikenali. Ingat, anda akan mencari kembali sahabat anda itu bila dalam keadaan terdesak.

3. Tidak Pernah Rasa Gembira Dengan Anda
Ketika anda memiliki sesuatu yang mengembirakan, dia akan merasa iri hati dan cemburu. Bukan itu sahaja dia akan menjadi marah dan tidak senang diri.

4. Merasa Diri Lebih Pandai Dari Anda
Dan sebuah persahabatan, siapa yang lebih bijak dan sebagainya sepatutnya tidak menjadi masalah, apa yang sepatutnya dilakukan saling memberi sokongan antara satu sama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.