5 Perkara Yang Wanita Ingin Lelaki Tahu

5 Perkara Yang Wanita Ingin Lelaki TahuSetiap wanita pasti inginkan diri mereka dihargai oleh pasangan. Namun malangnya, mereka hanya mempunyai pasangan yang bersikap sambil lewa. Kepada lelaki diluar sana, ketahuilah 5 perkara yang wanita ingin lelaki ambil berat ini. Teruskan bacaan anda untuk ketahui 5 perkara tersebut.

1. Tidak Perlu Minta Izin Untuk Beri Kejutan
Akan timbul perasaan yang menjengkelkan bila anda terlebih dahulu bertanya ‘kamu mahu bunga?’ dan sebagainya. Terus sahaja beri kejutan pada pasangan anda agar si dia nampak keikhlasan dan sifat romantik pada diri anda.

2. Sentiasa Ingin Didengari
Seorang wanita sangat suka akan lelaki yang sanggup meluangkan waktu bagi mendengar masalah dan cerita mereka. Dengar dahulu apa yang pasangan anda ingin katakan dan ambil tindakan samada anda setuju atau tidak selepas itu.

3. Memerlukan Mood Yang Tetap Bagi Melakukan Hubungan Seks
Bagi mereka yang sudah bernikah, wanita biasanya inginkan waktu dan tempat yang sesuai sebelum hubungan seks dilakukan. Melakukan hubungan seks dengan keadaan yang terburu-buru membuatkan seks anda hambar.

4. Suka Dengan Pujian
Memang telah menjadi lumrah, wanita sangat suka menerima pujian terutamanya pujian dari insan yang dicintainya. Oleh itu, jangan lupa untuk beri pujian atas apa yang telah dilakukan oleh pasangan anda.

5. Jangan Lupa Akan Hari Istimewa
Ini merupakan perkara yang sangat melemahkan seorang lelaki. Kebiasaanya mereka akan lupa hari dan tarikh istimewa dalam perhubungan seperti tarikh ulang tahun perkahwinan. Jangan malu untuk catat tarikh-tarikh penting ini dalam buku nota ataupun set dalam telefon.

lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *