5 Tips Membeli Beg Sekolah Anak

5 Tips Membeli Beg Sekolah AnakBila masuk je musim baru persekolahan, perkara pertama yang akan diminta oleh anak adalah beg sekolah baru. Dengan pembelian beg sekolah baru secara automatik beg yang lama tidak akan diguna lagi. Tapi tahukah anda wahai ibu dan bapa tips membeli beg sekolah anak anda? Teruskan bacaan untuk mengetahui.

1. Pilih beg sekolah yang ringan. Ringan yang macam mana? ringan walaupun tiada sebarang isi didalamnya. Adakalanya sesetengah beg walaupun kosong terasa berat.

2. Pastikan beg sekolah yang anda beli mempunyai tali bahu yang lebar. Andai anda beli yang tali bahu halus, ianya akan menyebabkan anak anda rasa sakit dibahu.

3. Periksa bahagian dalam beg sekolah. Pasti beg tersebut mempunyai pelapis bagi melindungi sebarang benda tajam menusuk badan anak anda.

4. Kalau boleh, pilih beg yang mempunyai tali sampingan di bahagian pinggang. Dengan ini ianya akan mengurangkan rasa beban anak anda andai membawa beban yang banyak.

5. Yang paling penting, beg tersebut hendaklah tahan lama. Lihat jahitan pada beg tersebut. Pastikan jahitan pada beg tersebut rapat-rapat. Kebiasaan yang cepat rosak jahitannya jarak-jarak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *