Setiap wanita pasti ingin berkahwin dengan lelaki yang baik dari pilihan yang dilakukan. Namun adakalanya lelaki hanya baik pada awal perhubungan dan mula berubah dikemudian hari. Oleh itu, menjadi kemestian bagi anda wahai wanita untuk ketahui ciri-ciri suami idaman. Teruskan bacaan anda untuk ketahui.
1. Lelaki Beriman
Ini sangat penting bagi anda dalam sesebuah ikatan rumah tangga. Andai si dia mampu menjaga segala suruhan Yang Maha Esa, pasti dia mampu menjaga anda kelak.
2. Lelaki Yang Jujur
Kebiasaanya lelaki tidak jujur pada anda wahai wanita. Mereka pandai bermain dengan kata-kata bagi memikat hati anda. Pastikan anda tidak termakan dengan kata-kata itu.
3. Tidak Boros
Inginkah anda hidup dengan dikelilingi hutang disebabkan suami anda tidak pandai mengurus wang pendapatan dan terlalu boros? Fikir semula andai anda punyai pasangan yang boros.
4. Pandai Bergurau
Ya, sebuah perkahwinan merupakan suatu perkara yang serius. Tapi andai semuanya dilalui dengan serius, pasti bosan hidup anda. Pilihlah pasangan yang mampu membuatkan anda tertawa.
5. Menyayangi Keluarga
Keluarga disini bukan hanya anda sahaja. Ianya termasuk keluar lelaki itu sendiri dan keluar pasangan iaitu keluarga anda.
6. Menghormati Anda
Sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang menghormati wanita. Bagaimana mereka menghormati ibunya, begitulah hendaknya mereka menghormati anda.