Merokok atau mengumpat dihadapan anak merupakan contoh yang tidak baik untuk diberikan kepada anak. Tapi tahukah anda wahai ibu dan bapa bahawa jika anda menonton TV juga merupakan kelakuan yang kurang baik kerana anak-anak akan terbiar tanpa pengawasan dari anda. Teruskan bacaan untuk ketahui perkara yang perlu anda elakan ketika dihadapan anak.
1. Berbohong Dan Menyimpan Rahsia
Sebagai pasangan suami isteri, tidak perlu untuk berbohong mahupun berahsia sesama sendiri. Jika salah seorang melakukan perkara tersebut, ianyanya akan dijadikan ikutan oleh anak anda kelak.
2. Kasar Ketika Bergurau
Perkara ini sering berlaku ketika rakan datang ke rumah. Adakalanya kita sebagai ibubapa menggunakan perkataan yang tidak sepatunya ketika bergurau. Sudah pasti si anak akan terikut-ikut percakapan kasar yang diucapkan.
3. Sibuk Dengan Teknologi
Inilah perkara yang sering terjadi sekarang. Ibubapa terlaku sibuk dengan gadget hingga waktu berharga bersama-sama anak terabai. Perkara ini secara perlahan akan merampas keceriaan dan kreativiti anak anda.
4. Hilang Kawalan emosi
Meskipun anda berhadap dengan situasi yang menyedihkan, mengawal perasaan adalah sesuatu yang sangat penting. Ini kerana, anda akan menjadi contoh kepada anak anda ketika mereka berhadapan dengan situasi yang sama.
5. Buli Orang Lain
Jangan sesekali melakukan perkara buli dihadapan anak anda. Jangan terkejut andai satu hari nanti, anak anda akan menjadi pembuli hasli perlakuan buruk anda.
6. Memburukan Orang Lain
Seorang anak lahir dalam keadaan yang suci. Oleh itu tidak perlu kita sebagai ibubapa beri didikan untuk menburuk-burukan orang lain kepada anak anda.