Bercium merupakan sesuatu yang indah untuk mengekspresikan cinta pada insan yang tersayang. Ciuman boleh dilakukan dipelbagai tempat dan bukan hanya tertumpu pada pipi sahaja. Tahukah anda bahawa setiap ciuman pada tempat yang tertentu mempunyai maksud yang tersendiri. Teruskan bacaan anda untuk mengetahui jenis ciuman dan maknanya.
1. Ciuman Di Pipi
Ciuman ini adalah ciuman yang sopan dan tidak agresif. Ciuman di pipi menunjukan bahawa anda dan pasangan dan bersifat terbuka.
2. Ciuman Dengan Mata Terbuka
Ciuman dengan cara ini menunjukan rasa sayang tapi masih ada rasa ragu dan tidak percaya pada pasangan.
3. Ciuman Di Bibir
Ciuman di bibir dengan mata yang tertutup dan tanpa nafsu menandakan bahawa anda saling percaya satu sama lain.
4. Ciuman Di Bibir Penuh Nafsu
Kebiasannya ciuman ini dituruti dengan permainan lidah. Ciuman ini juga akan membuatkan anda dan pasangan anda seperti melayang ke udara.
5. Ciuman Di Leher
Jika suami anda cium leher atau tengkuk anda, ianya menandakan bahawa dia sangat menghargai seluruh tubuh anda. Bukan hanya atas dasar nafsu semata juga kerana memuja tubuh anda yang cantik dan sangat dicintainya.
6. Ciuman Di Tangan
Dari dulu hingga sekarang, ciuman ini dianggap ciuman paling sopan dan gentle. Ianya menunjukan rasa rendah hati dan menghargai wanita.
7. Ciuman Di Kening
Ciuman di kening akan membuatkan seseorang rasa sangat tenteram dan nyaman. Oleh itu, mana satu ciuman yang anda gemari?