Lelaki dan wanita mempunyai pandangan yang berbeza dalam hubungan intim. Lelaki biasanya lebih agresif dan lebih mudah untuk mengajak berbanding si isteri. Bagi wanita, hubungan intim bukanlah segalanya. Namun sebenarnya ianya adalah penting, lagi-lagi apabila anda telah mengalami 7 perkara ini. Teruskan bacaan untuk ketahui apakah 7 perkara yang memerlukan wanita melakukan hubungan intim.
1. Selalu Rasa Ngantuk
Salah satu manfaat melakukan hubungan seks bagi wanita adalah dapat merasakan hormon bahagia ketika orgasme. Maka jika anda sering berasa mengantuk, lakukanlah hubungan seks dengan suami anda.
2. Nampak Semakin Tua
Dari pemerhatian yang dilakukan, wanita yang sering melakukan hubungan intim dengan pasangan, kelihatan lebih muda. Bukan itu sahaja, kulit mereka juga lebih lembut dan halus.
3. Sering Mengalami Masalah Kulit
Masalah kulit sering terjadi seperti jerawat dan kemerahan jika anda makin jarang melakukan hubungan intim. Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh ketika berhubungan dengan pasangan mampu membuatkan kulit lebih sihat.
4. Tidak Bahagia
Jika tubuh sudah hilang endorfin (hormon kebahagian), pandangan anda terhadap dunia dan orang lain akan berubah. Rasa bahagia anda akan makin pudar seterusnya membuatkan anda rasa tidak bahagia setiap hari. Bagaimana untuk mengembalikan kadar endorfin ini? Dengan melakukan hubungan seks bersama suami anda.
5. Selalu Sakit
Ada banyak faktor untuk seseorang itu jatuh sakit. Namun jika sejak kebelakangan ini anda jarang melakukan hubungan intim dengan suami, mungkin itu salah satu sebabnya. Mungkin anda tidak tahu bahawa dengan melakukan hubungan intim mampu meningkatkan kekebalan tubuh sebanyak 30%
6. Jadi pelupa
Anda jadi seorang yang pelupa walhal anda masih muda? Mungkin otak anda kekurangan oksigen. Tambah tahap oksigen dalam otak anda dengan melakukan hubungan seks bersama suami.
7. Tidak Percaya Pada Diri
Wanita yang jarang melakukan hubungan seks akan mengalami fenomena tidak percaya pada diri. Bagi mereka yang seri melakukan hubungan seks, mereka lebih yakin dan percaya pada tubuh mereka.