Curang memang tidak dapat dimaafkan. Andainya dapat dimaafkan pasti susah untuk dilupakan dan susah untuk mendapat kepercayaannya kembali. Lelaki dan wanita boleh sahaja untuk curang. Tapi tahukah anda sebab kenapa lelaki curang terhadap wanita? teruskan bacaan anda untuk ketahui sebab dan puncanya.
1. Cinta
Jatuh cinta boleh membuatkan lelaki berpaling dari wanita yang mencintainya. Johnny Depp pernah mengatakan ‘bila anda curang, maka anda mencintai wanita itu. Kerana kalau anda mencintai wanita yang pertama, maka tidak akan ada cinta yang kedua‘.
2. Balas Dendam
Ada juga lelaki yang curang kerana ingin membalas dendam dengan pasanganya. Untuk pengetahuan anda wahai wanita, harga diri lelaki lebih tinggi dari anda hingga tidak mahu kalah dalam apa jua.
3. Ketagih Seks
Untuk mereka yang baru sahaja berkahwin, salah satu sebab lelaki curang adalah kurang hubungan intim bersama anda wahai wanita. Ini berkemungkinan anda masih terlalu sibuk dengan urusan kerja dan sebagainya.
4. Kurang Perhatian
Bagi isteri, luangkan sedikit masa untuk ketahui apa yang pasangan anda tidak puas hati dan apa masalah yang dihadapi oleh pasangan anda. Andai wanita lain berjaya melakukan itu semua terlebih dahulu, penceraian mungkin akan berlaku bagi pihak anda.
5. Pengaruh Rakan
Curang juga boleh terjadi akibat terikut-ikut dengan gaya hidup rakan. Dalam perlakuan curang seperti ini, ianya akan berlaku tanpa kita sedari.
6. Ingin Mengakhiri Hubungan
Ramai lelaki mengambil cara mudah dengan berlaku curang terhadap pasangan hanya untuk mengakhiri sesebuah hubungan.Kebiasaanya mereka akan berterus terang yang mereka sudah ada yang lain yang bertakhta di hati.
7. Kaki Perempuan
Pentingnya bagi anda wahai wanita untuk kaji serba sedikit latar belakang bakal suami anda. Jangan nanti selepas berkahwin anda hanya akan bertemankan sekotak tisu sebab menangis atas berita curang suami anda.
Aku ingin tahu apa itu cinta