Hubungan seks haruslah menjadi satu aktiviti yang menyenagkan baik bagi lelaki dan juga wanita. Tidak ramai lelaki yang tahu cara untuk memilih kondom yang sesuai dan tepat. Perlu anda tahu bahawa penggunaan kondom pada saat ini sangat penting kerana ianya bagi mencegah kehamilan di samping mengelakan sebarang penyakit ketika hubungan seks. Oleh itu, teruskan bacaan anda bagi mengetahui 3 cara memilih kondom yang sesuai agar hubungan seks anda berjalan lancar hingga keakhir.
1. Kondom Yang Nipis Bukan Yang Terbaik
Ramai yang fikir bahawa kondom yang nipis adalah kondom yang terbaik bagi mereka. Namun menurut dari pandangan pembuat kondom, kondom yang terbaik adalah kondom yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Dengan ini, hubungan seks anda akan bertambah kenikmatannya.
2. Lebar Dan Panjang
Pastikan kondom yang dipilih mempunyai ukuran yang tepat demi kepuasan ketika melakukan hubungan seks. Jangan hanya lihat pada panjang kondom sahaja, lebar kondom juga perlu diperhatikan. Kondom yang terlalu ketat hanya akan mendatangkan kepenatan ketika seks.
3. Jauhi Kondom Yang Mempunyai Cecair Penurun Keghairahan
Sesetengah perusaha kondom kebiasaanya membuat kondom yang mengandungi cecair yang mengurangkan ghairah. Ini bertujuan untuk membuatkan hubungan seks anda lebih lama. Dalam hal ini, ianya hanya akan membuatkan penis dan jadi mati dan kurang rasa sensasi.