Malam pertama ketika melakukan hubungan seks buat kali pertama dengan pasangan sudah semestinya ada perasan bahagia sekali gus tertekan. Anda takut kalau-kalau ada perkara yang akan membuatkan pasangan anda curiga hingga kecewa hasil mitos yang mereka ketahui tentang hubungan seks. Disini kami kongsikan beberapa mitos dalam hubungan seks buat kali pertama yang boleh anda percayai ataupun tidak.
1. Darah Perawan
Mitos : Andai anda masih punyai dara, pasti akan meninggalkan darah.
Faktanya : Tidak semua akan berdarah ketika berhubungan intim buat kali pertama. Selaput dara wanita berbeza kelenturan dan kekuatannya. Ada yang nipis dan mudah mengeluarkan darah ketika anda bergerak aktif.
2. Seks Itu Sakit
Mitos : Seks kali pertama sangat sakit dan menyebabkan pendarahan.
Faktanya : Seks kali pertama tidak selalunya sakit. Rasa sakit datang bila otot pinggul anda tegang akibat penembusan oleh penis. Untuk mengelakan rasa sakit, lakukan foreplay terlebih dahulu dengan pasangan untuk menenangkan semua otot anda.
3. Peradangan Selepas Hubungan Intim
Mitos : Rasa sakit selepas hubungan intim boleh menyebabkan peradangan
Fakta : Peradangan tidak selalunya terjadi ketika hubungan intim dengan suami. Apa bila ianya terjadi anda akan rasa terganggu dan disarankan untuk dapatkan rawatan doktor dengan segera agar luka cepat sembuh. Kebiasaanya luka miss V ketika hubungan intim buat kali pertama mudah disembuhkan dengan kemampuan miss V itu sendiri.
4. Jangan Kencing Selepas Hubungan Intim
Mitos : Dikatakan bahawa jika anda kencing selepas hubungan intim, anda tidak akan hamil.
Fakta : Kehamilan hanya boleh dicegah andai anda menggunakan alat pencegah kehamilan seperti kondom atau menelan pil. Apabila sperm dikeluarkan di dalam, ianya akan segera menuju ke rahim. Tidak pedulilah anda buang air kecil atau besar, sperm akan tetap dalam salurannya. Saluran sperm berbeza dengan saluran pembuangan air kecil.