3 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Marah Kepada Wanita

3 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Marah Kepada WanitaLelaki dan wanita adalah berbeza dan sememangnya diciptakan untuk saling lengkap melengkapi. Ada beberapa perkara yang wanita lakukan hingga boleh mendatangkan kemarahan kepada lelaki, meskipun perkara itu dianggap biasa. Ketahui 3 perkara yang membuatkan lelaki marah kepada wanita dengan meneruskan bacaan anda. 

1. Solek Terlalu Lama
Ketika berjanji untuk keluar bersama, wanita kebiasaanya mengambil masa yang lama untuk bersolek berbanding lelaki. Seringkali mereka katakan ‘5 minit’ walhal ianya mengambil masa 15 hingga 30 minit. Lelaki kebiasaanya bosan menunggu wanita yang bersolek hingga menjadi punca untuk lambat kesesuatu tempat.

2. Selalu Cakap ‘Tak apa-apa,’ Padahal…
Yang ini sering dilakukan wanita ketika mood mereka dalam keadaan kurang baik. Wanita kebiasaanya akan diam dan jika ditanya ‘kamu kenapa?’ mereka akan jawab ‘tak apa-apa’ padahal ada sesuatu yang disembunyikan. Jawapan sedemikian akan membuatkan lelaki tidak ambil berat dengan anda dan anda akan berfikiran bahawa lelaki tidak ambil peduli tentang anda lagi.

3. Selalu Bergosip
Satu lagi perkara yang membuatkan lelaki marah adalah selalu bergosip. Lelaki sebenarnya tidak faham kenapa wanita sanggup menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk bergosip. Bagi lelaki ianya sangat membuang masa dan ada banyak perkara lain boleh dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.