Ciuman adalah salah satu cara untuk meluahkan rasa cinta dan sayang kita pada seseorang. Namun, rasa cinta dan sayang yang cuba untuk disampaikan terganggu disebabkan beberapa perkara yang kita tidak ambil peduli sebelum bercium. Oleh itu, menjadi kepastian bagi kita untuk memperbaiki seni ciuman kita agar aktiviti ini mampu merangsang pasangan kita. Ketahui 3 perkara yang perlu dihindari ketika bercium dengan selanjutnya.
1. Bau Mulut Yang Tidak Nyaman
Nafas yang berbau menjadi punca seseorang hilang selera untuk bercium. Pastikan nafas anda sentiasa segar agar anda dan pasangan dapat menikmati setiap detik ciuman.
2. Rasa Gelisah
Tak ada yang lebih dikesalkan dari bercium dengan terburu untuk cepat selesai. Tidak kurang juga dengan ciuman yang terlalu bernafsu seperti ingin memakan pasangan anda. Lakukan dengan perlahan dan lembut.
3. Terlalu Banyak Air Liur
Ini merupakan perkara yang paling menjijikan ketika bercium. Telan sehabis boleh air liur anda yang berlebihan dan mulakanlah ciuman anda dengan senang. Tidak ada pasangan yang hendak ciuman yang dipenuhi dengan air liur.