4 Cara Membuatkan Hubungan Seks Kembali Hangat

4 Cara Membuatkan Hubungan Seks Kembali HangatSeiring peredaran masa, anda dan pasangan pasti akan merasakan bahawa hubungan seks anda menjadi semakin tidak semenarik dulu. Untuk mengembalikan semula rasa hangat ketika hubungan seks bersama pasangan, ikut beberapa langkah seperti berikut.

1. Ingat Masa Lalu
Ingat kembali detik-detik kali pertama anda bertemu yang dihabiskan dengan aktiviti yang romantik. Dengan cara ini akan mendatangkan rasa ghairah kepada anda. Ingat juga ketika kali pertama anda melakukan hubungan seks.

2. Perbualan ‘Nakal’
Hantar pesanan ringkas yang berbau ‘nakal’ ketika suami masih di pejabat. Ini mampu menaikan lagi ghairah suami. Pastikan pesanan ringkas yang dihantar itu pada nombor yang betul.

3. Tempat Baru
Bosan dengan tempat hubungan intim yang selalu dilakukan? Cuba lakukannya ditempat yang baru. Tidak salah untuk laburkan sedikit wang untuk menginap di hotel bagi membuatkan hubungan seks kembali hangat.

4. Melakukan Perkara Yang Tidak Diduga
Sekali sekala tampil seksi dihadapan pasangan. Kenakan pakaian dalam yang baru untuk menggodanya. Anda juga boleh menyediakan candle light dinner.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.