Lelaki memang suka menyimpan rahsia walaupun ketika diatas ranjang. Wanita perlu tahu beberapa perkara yang dirahsiakan lelaki selama ini. Teruskan bacaan bagi mengetahui keinginan lelaki ketika melakukan hubungan seks yang mereka rahsiakan. Semoga pembongkaran ini mempu mengeratkan lagi hubungan anda.
1. Lelaki Inginkan Seks Yang Lebih Kasar
Bagi mereka yang baru berkahwin, seks yang lembut sangat sesuai untuk anda. Jika ianya telah selalu dilakukan dengan pergerakan yang sama, ianya akan mendatangkan bosan. Lelaki sentiasa inginkan sesuatu yang baru terutamanya diatas ranjang. Adakalanya mereka inginkan anda melakukan sesuatu yang mampu menaikan ghairah mereka seperti menarik rambut.
LAGI : 4 Cara Membuatkan Hubungan Seks Kembali Hangat
2. Lelaki Inginkan Anal Seks
Memang sifat lelaki inginkan sesuatu yang baru. Melakukan penetrasi di arah vagina sudah biasa mereka lakukan. Mereka ingin melakukannya di bahagian lain. Perkara ini dapat membuatkan mereka senang sekali gus membuatkan malam anda semakin panas. Mereka merahsiakan perkara ini kerana takut mood anda hilang untuk melakukan hubungan seks. Jika anda setuju untuk melakukanya, anda boleh lakukan. Akan tetapi jika tidak, berkomunikasilah dengan baik.
LAGI : 3 Tips Blow Job
3. Lelaki Suka Melihat Wanita Yang Mencintai Tubuh Sendiri
Lelaki sangat tidak suka melakukan sesuatu perkara setengah-setengah. Wanita mungkin pernah meraka bahawa tubuh mereka kelihatan tidak terlalu bagus. Perut yang tidak langsing dan payudara terlalu kecil hingga hilang kepercayaan terhadap diri sendiri. Padahal, lelaki suka melihat anda seadanya. Ketika lelaki sudah dipenuhi dengan keghairahan, bentuk tubuh apa sekali pun tetap nampak seksi. Oleh itu wahai wanita, pancarkan keseksian anda dari dalam untuk terus memikat suami.
LAGI : 5 Perkara Yang Membuatkan Anda Ghairah Melakukan Hubungan Seks
4. Lelaki Ingin Nampak Seksi Depan Wanita Yang Dicintainya
Bukan hanya wanita sahaja yang suka pujian atas penampilan, lelaki juga inginkannya. Ketika berdua dengan isteri, lelaki ingin kelihatan mengghairahkan. Melakukan hubungan seks di dalam bilik mandi mampu meningkatkan mood seorang lelaki. Tidak salah untuk anda sebagai isteri membisikan kata-kata pujian yang dapat merangsang ghairah pasangan anda.
Lagi : 5 Tempat Membuatkan Hubungan Seks Lebih Puas