4 Tanda Anda Bercinta Kerana Terpaksa Dan Tidak Ada Perasaan Cinta

4 Tanda Anda Bercinta Kerana Terpaksa Dan Tidak Ada Perasaan CintaSepatutnya mereka yang sedang bercinta merasa bahagia dan seolah-olah dunia ini milik mereka. Namun ada sesetengah tidak merasai semua itu walaupun sedang bercinta. Ianya seperti kosong. Mungkin anda bercinta disebabkan atas dasar terpasar dan tidak ada perasaan cinta terhadap seseorang. Ketahui 4 tanda anda bercinta kerana terpaksa dan tidak ada parasaan cinta.

1. Tidak Merindui Si Dia
Untuk mereka yang sedang bercinta, pasti akan merasakan perasaan rindu yang luar biasa terhadap orang tersayang. Tidak bertemu sehari seolah-olah tidak bertemu setahun. Untuk mereka yang terpaksa, mereka tiada perasaan rindu ini.

2. Menangguh Untuk Mengenal Keluarga Pasangan
Kebiasaanya lelaki sangat malas untuk dikenalkan kepada keluarga pasangan. Bagi mereka yang serius dalam percintaan, mereka tidak akan teragak-agak untuk diperkenalkan kepada keluarga pasangan. Bagi wanita yang mempunyai pasangan yang suka menangguh-nangguh untuk berjumpa keluarga anda, mereka itu tidak serius dalam percintaan.

3. Sikap Acuh Tah Acuh
Anda langsung tidak ambil peduli pasangan anda walaupun tengah bercinta. Adakah si dia sudah makan, adakah si dia sakit dan sebagainya, anda tidak ambil peduli langsung.

4. Tiada Perasaan Cemburu Terhadap Pasangan
Cemburu tandanya cinta. Bagi mereka yang punyai pasangan yang sering bertanya dengan siapa anda keluar, mereka ada sifat cemburu di dalam hati. Andai pasangan anda tidak pernah tanya soalan sedemikian, percayalah percintaan anda tidak kemana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.