5 Alasan Lelaki Takut Pada Komitmen

5 Alasan Lelaki Takut Pada KomitmenLelaki zaman sekarang memerlukan lebih banyak waktu untuk memikirkan soal perkahwinan. Walaupun sudah bercinta bertahun lamanya, tidak mudah untuk mengubah status bercinta kepada perkahwinan. Antara alasan lelaki adalah ingin menumpukan pada kerjaya. Ketahui apa punca yang menyebabkan lelaki takut pada komitmen dengan meneruskan bacaan anda.

1. Tidak Ingin Hilang Rasa Bebas
Mahu atau tidak, kebebasan lelaki akan terbatas jika sudah bernikah. Lelaki akan takut untuk kehilangan waktu sebelum bernikah mereka. Mereka telah terikat dengan tanggungjawab dan komitmen hingga terpaksa berfikir berulang kali untuk melakukan sesuatu perkara.

2. Susah Untuk Meninggalkan Perangai Lama
Sebahagian lelaki sudah biasa dikelilingi ramai wanita. Ketika hendak membuat keputusan yang mendatangkan komitmen, mereka terpaksa merelakan kenangan lama berlalu begitu sahaja. Walhal perkara itulah yang membantu lelaki untuk meningkatkan kepercayaan pada diri.

3. Takut Kecewa
Ketakutan lelak kepada komitmen adalah takut kecewa. Kerana masih belum yakin dengan pasangan, mereka takut suatu hari nanti pilihannya itu salah. Bila satu masa nanti ianya menjadi nyata yang wanita dipilih tidak mampu mendatangkan kebahagiaan, lelaki akan menyesal seumur hidup.

4. Tidak Ingin Cepat Dewasa
Lelaki berbeza dengan wanita. Ketika wanita ingin cepat dewasa dan melakukan banyak perkara, ketika itulah lelaki takut untuk menjadi dewasa. Ketika dewasa, banyak perkara yang boleh dilakukan, tapi lelakilah yang paling banyak tanggungjawab. Inilah yang menjadi punca kenapa lelaki takut untuk berkomitmen. Mereka takut gagal.

5. Tidak Mampu Setia
Sebagai makhluk biasa, lelaki diciptakan dengan banyak keinginan untuk dipenuhi. Sangatlah penting bagi seorang wanita untuk memahami lelaki. Jika anda mengajak mereka untuk berkomitmen, pastikan pasangan anda tidak berasa tertekan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.