Apa yang anda fikirkan tentang curang? Adakah anda pernah menjadi mangsa curang dan sudah semestinya ia amat memilukan hati. Namun jika anda yang melakukan curang, pasti hati anda tidak tentang sebab terpaksa berbahagi hati dengan orang lain. Teruskan bacaan untuk ketahui fakta tentang curang yang jarang kita ketahui.
1. Wanita Lebih Banyak Melakukan Curang Berbanding Lelaki
Menurut kajian yang dilakukan oleh National Opinion research Center pada tahun 2010, wanita lebih banyak melakukan curang berbanding lelaki.
2. Lelaki Mudah Memaafkan Pasangannya Yang Curang
Sebuah pemerhatian yang dilakukan di University of Texas, lelaki lebih mudah memaafkan pasangan mereka yang curang dengan peratus sebanyak 50% berbanding wanita yang hanya 20%.
3. Curang Seringkali Dikaitkan Dengan Hubungan Seks
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, curang seringkali dikaitkan dengan masalah hubungan seks. Sebenarnya ada banyak sebab terjadinya curang antaranya adalah kurang perhatian dari pasangan.
4. Cantik Dan Tampan Bukan Punca Curang
Kaji selidik yang dilakukan oleh Neuman menunjukan bahawa 88% lelaki yang curang mengaku bahawa pasangan baru mereka tidak secantik isteri yang ada. Mereka curang disebabkan wang, jawatan dan yang lain-lain.
5. Kebiasaanya Wanita Yang Meneruskan Perbuatan Curang Dengan Lelaki Baru
Wanita lebih mudah dan berani untuk meneruskan perhubungan dengan pasangan baru. Berbanding lelaki, mereka curang hanya untuk suka-suka sahaja. Wanita selalu melihat dimana curang itu merupakan jalan keluar bagi hubungan yang bermasalah.