5 Mitos Tentang Seks Lelaki Yang Ternyata Bohong

5 Mitos Tentang Seks Lelaki Yang Ternyata Bohong

Walaupun wanita tidak terlalu tertarik dengan hal-hal yang berbau seks, tapi pasti anda pernah mendengar beberapa mitos tentang Mr P dan perkara lain tentang hubungan seksual lelaki. Namun tidak semuanya yang anda dengar itu benar. Berikut adalah beberapa perkara yang tidak perlu anda percaya tentang seks seorang lelaki.

1. Ibu Jari Kaki Besar = Mr P Besar
Ada sesetengah wanita yang suka melihat ibu jari kaki lelaki semata-mata untuk mengetahui saiz penis seorang lelaki. Mitos ini adalah tidak benar kerana ukuran tubuh tertentu tidak ada kaitan dengan bahagian tubuh yang lain.

2. Ukuran Normal Penis Ketika Tegang Adalah 20cm
Memang ada ukuran begitu tapi hanya dalam filem lucah sahaja. Ukuran penis lelaki ketika terangsang adalah berbeza antara satu sama lain. Kebiasaanya hanya 10 hingga 15cm sahaja. Ukuran ini sesuai dengan vagina wanita yang hanya 15cm sahaja. Besar atau panjang penis tidak ada hubungan dengan kepuasan. Kepuasan akan dicapai dengan hanya teknik dan kekuatan yang anda berikan ketika hubungan seks dilakukan.

3. Lelaki Hanya Suka Wanita Bertubuh Seksi
Mitos ini membuatkan ramai wanita merasa tertekan. Kebanyakan lelaki yang melakukan hubungan intim, tidak terlalu melihat tubuh anda sebaliknya mereka akan melihat aksi seksi anda ketika melakukan hubungan intim.

4. Lelaki Sangat Ketagih Dengan Filem Lucah
Bagi wanita, lelaki yang suka menonton filem lucah dianggap ketagih sedangkan bagi lelaki ianya adalah perkara biasa. Seseorang yang ketagih dengan filem lucah boleh digambarkan jika aktiviti harian mereka terabai.

5. Tidak Boleh Memalsukan Kepuasan
Tidak hanya wanita, lelaki juga boleh memalsukan kepuasan ketika hubungan intim. Ini bertujuan bagi tidak menampakan diri mereka lemah dan tidak ingin mengecewakan pasangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.