Para wanita harus bijak memilih sikap yang baik bagi membolehkan pasangan anda mengenali anda lebih dalam. Dalam percintaan, lelaki bukan seorang yang terlalu sulit. Selagi anda tahu bagaimana caranya, sudah pasti si lelaki tertawan kelak. Tetapi, jangan sesekali anda 5 perkara yang membuatkan lelaki jauh dari anda.
1. Wanita Dengan Drama Mereka
Wanita sangat suka mengungkit masalah lalu dan membesarkan masalah yang kecil. Ini sangat sangat dibenci lelaki kerana lelaki sukakan kedamaian tanpa masalah. Jika ini diteruskan, akan menimbulkan rasa tidak senang sekali gus berasa tidak sesuai untuk hidup seorang lelaki. Mana ada lelaki yang suka hidup dengan wanita yang penuh dengan masalah.
2. Wanita Yang Suka Mengarah
Lelaki sangat tidak suka pada wanita yang suka mengarah. Baru bercinta sudah mula melarang itu dan ini. Belum lagi jika sudah berkahwin nanti. Lelaki adalah makhluk yang sukakan kebebasan dan tidak suka dikawal. Mereka berasa senang jika diberi kebebasan dan kepercayaan.
3. Wanita Yang Suka Melakukan Perkara Bodoh
Antara lawak dengan bodoh adalah sangat berbeza. Sesekali anda memperlihatkan bahawa anda bodoh, tidak menjadi masalah. Tapi jika berterusan anda melakukan perkara yang bodoh bagi menarik perhatian pasangan, ianya tidak akan pernah bertahan lama.
4. Wanita Yang Belum Move On
Wanita sering beranggapan bahawa mereka mampu menggunakan belas kasihan lelaki mendapatkan cinta mereka. Celiklah wahai wanita bahawa anggapan anda itu adalah sangat salah. Lelaki tidak begitu gemar mendengar keluh kesah, kesedihan apalagi cerita lalu yang tidak menarik.
5. Wanita Yang Suka Berbohong
Jangan disebabkan anda ingin mendekati seseorang lelaki, anda berbohong denganya. Berterus terang sahaja wahai wanita.