7 Tanda Dia Bukan Pasangan Yang Baik

7 Tanda Dia Bukan Pasangan Yang BaikPernahkah anda menerima tentangan dari kawan bahawa mereka kurang setuju dengan pasangan yang anda pilih? Tapi apakan daya, kerena telah dilamun cinta, anda tidak ambil kisah dengan pendapat kawan-kawan anda. Namun, pasti pernah terlintas dalam fikiran anda, adakah kekasih yang anda pilih itu baik atau sebaliknya? Untuk ketahui adakah pasangan yang kita pilih itu baik ataupun sebaliknya, teruskan bacaan anda hingga habis.

1. Selalu Mengelak
Ketika ada masalah mereka selalu mengelak dan bukannya menyelesaikanya hingga selesai. Apa yang mereka inginkan adalah cinta seperti didalam filem yang hanya indah dan masin sahaja tanpa masalah. Jika ada masalah, mereka akan berlalu pergi.

LAGI : 4 Tanda Dia Lelaki Setia

2. Hanya Ada Jika Memerlukan Anda
Mereka hanya muncul ketika ingin mengajak anda berfoya-foya ataupun ketika inginkan pertolongan anda. Perlakuan seperti ini sudah cukup mengambarkan bahawa pasangan yang anda pilih adalah pasangan yang tidak tepat.

3. Tidak Peka
Mereka selalu mengabaikan dalam banyak perkara hanya kerana ingin melakukan perkara mereka sendiri. Adakalanya mereka lakukan ini semua kerena tidak ingin terlalu rapat dengan anda.

LAGI : 3 Perkara Wanita Ingin Dari Lelaki

4. Terlalu Mengongkong
Bagi mereka, anda sebagai kekasih harus ikut apa yang mereka hendaki. Mereka memanipulasi kehidupan anda sepenuhnya.

5. Ego
Mereka menjadi marah jika anda tidak menelefon mereka. Jika mereka yang tidak menelefon anda, mereka akan berikan 1001 alasan.

6. Masih Bersama Bekas Kekasih
Tidak salah kalau masih berhubungan dengan bekas kekasih. Tetapi kalau berhubung dengan panggilan sayang, kekasih mana yang tidak terluka?

LAGI : 5 Fakta Gila Tentang Curang

7. Tidak Menghormati Anda
Mereka tidak menghargai apa yang telah anda lakukan. Bukan itu sahaja, mereka tidak menghormati anda sebagai kekasih mereka. Buat keputusan sebelum terlambat.

1 thought on “7 Tanda Dia Bukan Pasangan Yang Baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.