Cinta yang diungkapkan dengan kata-kata sudah menjadi perkara yang lumrah dan biasa. “Aku cinta kamu” atau “Aku sayang kamu” adalah kata-kata yang selalu digunakan untuk mengungkapkan rasa sayang dan cinta. Teruskan bacaan untuk ketahui 8 cara mengungkapkan cinta tanpa menggunakan kata-kata.
1. Luangkan Waktu
Sesibuk mana pun anda, luangkan sedikit waktu untuk orang yang anda sayangi. Paling kurang pun jumpalah orang tersayang selepas waktu kerja. Waktu yang anda luangkan itu menjadi bukti yang anda benar-benar mencintai si dia.
2. Dengarkan Mereka
Sekali sekala anda harus menjadi pendengar kepada pasangan anda. Dengarkan segala cerita atau keluh kesah si dia.
3. Ciuman Dan Pelukan
Ciuman dan pelukan sudah menunjukkan bertapa bersarnya cinta anda. Rasa nyaman ketika dipeluk juga memberikan kebahagiaan tersendiri untuk pasangan.
4. Buat Hidupnya Mudah
Lakukan perkara-perkara kecil seperti buang sampah dan sebagainya juga merupakan cara untuk mengungkapkan cinta pada seseorang.
5. Beri Sedikit Kejutan
Setiap orang sukakan kejutan. Rajinkan diri anda untuk beri kejutan buat orang tersayang seperti mengajak keluar makan malam sambil ditemani matahari terbenam.
6. Kirimkan Hadiah
Jika orang yang anda cintai, kirimkan hadiah sekali sekala sebagai tanda cinta dan tanda anda sentiasa mengingati si dia.
7. Masakan Makanan
Cuba ketahui makanan kegemaran pasangan anda dan pelajari cara menyediakan makanan tersebut. Masakan makanan tersebut. Walaupun makanan tersebut anda sediakan buat pertama kali, ianya tetap rasa sedap.
8. Beri Sokongan
Andai si dia mengalami masalah atau kegagalan, cuba untuk sentiasa berada disisinya. Beri semangat dan sokongan.