8 Sebab Kenapa Seks Sebelum Nikah Dilarang

8 Sebab Kenapa Seks Sebelum Nikah DilarangWalaupun zaman sekarang sudah gila dengan membenarkan seks sebelum nikah dilakukan tanpa berasa bersalah. Mengikut poll yang dijalankan hampir 50% tidak kesah jika melakukan seks sebelum mengikat tali perkahwinan. Angka ini sangat membingbangkan ramai pihak terutama generasi akan datang. Kepada wanita hargai harga diri anda dan jangan sewenangnya memberi mahkota anda kepada lelaki yang belum jelas kehidupanya. Teruskan bacaan bagi mengetahui 8 sebab kenapa seks sebelum nikah dilarang.

1. Seks Sebelum Menikah, Dihantui Rasa Bersalah
Jika sesorang melakukan hubungan seks sebelum bernikah, biasanya mereka akan ditantui rasa bersalah. Takut mendapat dosa. Malu kerana telah melukai kepercayaan orang tua. Perkara yang paling menakutkan adalah bila calon suami lari meninggalkan anda jika dapat tahu bahawa anda tidak ada dara lagi.

2. Seks Sebelum Menikah, Menyebabkan Rasa Ketagih
Jika ditanya kepada mereka yang sudah bernikah, hubungan intim merupakan satu perkara yang sangat luar biasa. Mereka pasti sentiasa inginkan lagi antara satu sama lain. Bagaimana bagi mereka yang belum bernikah? Pada awalnya hanya niat untuk mencoba tapi lama kelamaan bila hilang rasa malu, ianya menjadi satu aktiviti yang sentiasa ingin dilakukan.

3. Seks Sebelum Menikah, Tidak Terasa Sucinya
Kenapa hubungan seks dianggap suci? Ianya adalah kerana sebagai permulaan kehidupan manusia. Oleh yang demikian, seks menjadi satu platform yang suci dan tidak boleh dilakukan dengan mereka yang bukan halal bagi anda. Makna suci bagi hubungan seks akan hilang jika anda melakukan hubungan seks sebelum bernikah.

4. Seks Sebelum Menikah, Cinta Atau Nafsu?
Ya pada awal hubungan seks ianya atas dasar cinta. Bila selalu dilakukan, ianya akan bertukar atas dasar nafsu semata-mata.

5. Seks Sebelum Menikah, Memburukan Nama Baik
Tahukah anda wahai wanita yang lelaki selalunya bangga jika berjaya mengambil dara anda. Mereka akan menjaja cerita bahawa anda tidak punyai dara lagi. Pasti anda akan tertekan jika ini semua terjadi. Oleh itu, jaga kesucian anda kerana itu adalah nama baik anda dan keluarga anda.

6. Seks Sebelum Menikah Membuatkan Bulan Madu Hambar
Bulan madu adalah waktu keemasan bagi mereka yang sudah bernikah. Pada ketika ini kebiasaanya pasangan masih lagi malu-malu kerana melakukan hubungan seks buat kali pertama. Namun bagi mereka yang sudah biasa, ianya akan terasa hambar. Tiada beza dari apa yang dilakukan sebelum ini.

7. Seks Sebelum Menikah Mampu Membuatkan Anda Hamil
Hamil sebelum menikah adalah satu perkara yang membuatkan keseluruhan hidup seorang wanita berubah. Andai dipertahankan pasti menerima pandangan negatif orang lain. Jika digugurkan ianya akan menambah dosa sedia ada kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Jaga diri anda sebelum terus terjebak lebih dalam.

8. Seks Sebelum Menikah Menyababkan Anda Buat Perbandingan
Ini satu fenomena yang sangat bahaya. Jangan terkejut jika satu hari nanti pasangan anda mencari orang lain yang sudah lama melakukan hubungan seks walaupun ketika itu anda baru sahaja bernikah. Ini akan menyebabkan harga diri pasangan jatuh dan rasa tidak dihargai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.