Bercium adalah bahagian permanasan dalam hubungan seks. Ianya akan membuatkan sesebuah hubungan intim yang dilakukan lebih indah. Malangnya ramai pasangan yang tidak peduli tentang hal ini. Mereka beranggapan bahawa pasangan mereka sudah cukup puas dengan hubungan seks yang dilakukan. Teruskan bacaan untuk ketahui 8 teknik bercium agar hubungan intim lebih bermakna.
1. Lembut Dan Perlahan
Mulakan ciuman dengan lembut dan perlahan, bukan dengan terburu-buru dan kasar. Rasakan kelembutan pasangan anda sambil anda raih tangannya.
2. Jangan Pasif
Jangan takut untuk meneruskan langkah yang seterusnya ketika bercium. Beranikan diri untuk keperingkat lebih tinggi.
3. Fokuskan Fikiran
Ketika bercium dengan pasangan, buang segala fikiran yang negatif. Rasakan setiap sentuhan dan kelembutan bibir disamping kehangatan tangan pasangan.
4. Practice Makes Perfect
Tidak ada orang didalam dunia dilahirkan sempurna terutamanya dalam bab bercium. Selalulah bercium dengan pasangan anda untuk mengetahui titik-titik panas pasangan ketika bercium.
5. Romantik
Curi sesaat dua ketika bercium untuk membisikan kata-kata romantik kepada pasangan. Selain itu anda boleh menyatakan yang anda sangat mencintainya.
6. Jangan Menggigit
Jangan pernah berfikir bahawa menggigit bibir adalah seksi apalagi jika anda gigit hingga terluka. Cukup sekadar kucuman dan tidak perlu untuk menggigit.
7. Jaga Nafas
Pastikan nafas anda sentiasa segar ketika bercium. Elakan memakan makanan yang boleh meninggalkan bau di mulut.
8. Akhiri Dengan Lidah
Manfaatkan kelincahan lidah anda. Permainan lidah menunjukan bahawa anda sedia untuk ke babak seterusnya.