Semoga perkahwinan yang anda bina bersama pasangan kekal hingga ke akhir hayat anda. Tiada yang lagi indah selain berbulan madu selepas mengharungi kenduri perkahwinan yang memenatkan. Lagi best jika dapat terus berbulan madu selepas kenduri. Jika lambat sikit, tidak menjadi masalah. Rancang bulan madu anda sebaik mungkin. Kali ini kami kongsikan 4 tips untuk bulan madu yang romantik dan dijamin akan diingat sampai bila-bila.
1. Rawatan Spa Bersama
Jika anda dan pasangan bekerja, aktiviti rawatan spa sangat sesuai untuk anda berdua. Kulit dan tubuh diurut dengan aroma yang menyenangkan pasti membuatkan tubuh anda lebih segar.
2. Menikmati Sunset Dan Sunrise Bersama
Tidak kira apa pun jenis hotel yang anda inap, usahakan permandangan yang mempunyai sunset mahupun sunrise. Keindahan alam ini pasti akan membuatkan bulan madu anda lebih romantik.
3. Candlelight Dinner
Makan malam dengan bertemankan cahaya lilin pasti menimbulkan moment romantik antara anda dengan pasangan. Dari makan malam jugalah akan berlakunya malam pertama anda dengan pasangan. Dalam mood yang sama, aksi ranjang anda pasti lebih menghairahkan.
4. Waktu Bersama
Ini merupakan cara yang biasa untuk menghadirkan saat-saat romantik. Lakukan apa sahaja perkara bersama seperti menonton TV, jalan-jalan, mandi bersama dan sebagainya. Lupakan segala urusan dipejabat.