5 Cara Memulakan Pagi Yang Indah

5 Cara Memulakan Pagi Yang Indah

zakasz.blogspot

Remaja kerap bangun lewat pada hari minggu dan tidak mengharungi pagi hari dengan berkesan. Perlu diingatkan, waktu pagi adlaah paling menarik untuk melakukan aktiviti berfaedah dan menyihatkan tubuh badan. KamiĀ ingin berkongsi tips bagaimana untuk bangun dan memulakan pagi yang indah dan lebih bermakna.

1. Dapatkan Tidur Yang cukup
Untuk bangun pada awal pagi, kamu perlu mendapatkan rehat secukupnya dan kitaran waktu tidur juga harus dijaga. Memang benar keesokan hari adlaah cuti, namun itu bukan alasan untuk bangun lewat. Sebaliknya kamu tidur sama waktu dengan hari bekerja.

2. Elakkan Bermain Gadget
Zaman moden yang sangat maju sekarang ini menyebabkan ramai anak muda leka bermain telefon pintar. Perkara in juga turun berlaku pada waktu malam. Kamu mungkin banyak menghabiskan masa membelek telefon pintar dan setrusnya tidak rasa untuk tidur. Kadangkala masalah ini berlarutan hingga larut malam dan turut menggangu waktu tidur kamu. Alihkan telefon pintar dan motivasi diri untuk tidak menggunakannya sewaktu ingin tidur.

3. Mandi Atau Lakukan Senaman
Percaya atau tidak, mandi selepas balik kerja atau lakukan senaman sebenarnya boleh mencergaskan diri kamu. Elakkan daripada terus terbaring atas katil selepas balik kerja. Untuk bangun awal, kau harus regangkan badan untuk tidak menjadi terlalu penat. Minum air sebanyak mungkin sebelum tidur.

4. Sediakan Pakaian Sebelum Tidur
Sesudah mengamalkan perkara di atas, kamu harus ingat untuk menyiapkan pakaian pada pagi hari. Ini menjimatkan masa kamu dan tidak perlu terhegeh-hegeh untuk menggosok baju jika aktiviti pada pagi hari. Pastikan baju seluar dan apa sahaja barangan lain sudah siap sedia untuk dipakai keesokan harinya.

5. Kemas Bilik Terlebih Dulu
Tidur dalam keadaan bilik yang bersepah pasti mecacatkan pandangan pada pagi hari. Oleh itu, jika kamu ada masa terluang, apa kata kemas dulu bilik. Buang sampah di tempat sepatutnya dan susun semua buku atau majalah di rak yang betul. Ini bukan saja menjadikan kamu lebih berdisiplin tapi membuatkan tidur kamu lebih tenang dan hilang tekanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.