Adakah anda seorang yang takut untuk mandi dengan air sejuk? Sanggup memanaskan masak air bagi mengelakan badan terkena air sejuk? Dari apa yang dilampirkan oleh LifeHack, banyak manfaat mandi dengan air sejuk sebenarnya. Jika selama ini anda masih berkira-kira untuk mandi dengan air sejuk atau panas, teruskan bacaan anda untuk ketahui 5 manfaat mandi dengan air sejuk.
1. Membakar Lemak Dalam Tubuh
Terdapat 2 jenis lemak di dalam tubuh iaitu lemak putih dan lemak coklat. Lemak putih adalah lemak jahat dan lemak coklat adalah sebaliknya. Fungsi lemak coklat adalah untuk menyebarkan panas dalam tubuh agar tubuh sentiasa hangat. Jika anda mandi dengan air sejuk, lemak ini akan aktif (lemak coklat aktif bila terkena suhu yang sejuk), akhirnya lemak ini akan membakar kalori untuk membuatkan tubuh anda tetap hangat. Dengan kata lain, ianya membantu anda untuk menurunkan berat badan tanpa sebarang pil diet.
2. Mengembalikan Stamina Tubuh Setelah Bersenam
Para Atlit akan mandi dengan air air untuk mengurangkan rasa sakit dan lenguh. Untuk anda yang baru melakukan senaman, mandi dengan air sejuk mampu megembalikan stamina tubuh anda
3. Memberi Tenaga Sepanjang Hari
Mandi dengan air sejuk diwaktu pagi mampu mengelakkan anda berasa ngantuk sepanjang hari. Ketika tubuh anda terkena air sejuk diwaktu pagi, anda akan bernafas lebih dalam. Kesan dari tindakan itu, degupan jantung anda akan meningkat dan membuatkan aliran darah anda lancar dan anda akan berasa bertenaga sepanjang hari.
4. Meningkatkan Kekebalan Tubuh Dan Melancarkan Aliran Darah
Mandi dengan air sejuk mampu meningkatkan metabolisme tubuh anda dan mampu mengaktifkan sistem kekebalan tubuh anda. Mandi dengan air sejuk juga mampu melancarkan aliran darah anda sekali gus mengelakkan anda terkena penyakit saluran darah tersumbat.
5. Memiliki Rambut Dan Kulit Yang Lebih Cantik
Jika anda ingin memiliki kulit cantik dan bebas jerawat, mandilah dengan air sejuk. Air panas membuatkan kulit anda kering manakala air sejuk mampu mengecilkan liang kulit hingga dapat mencegah terjadinya jerawat. Jika anda membasuh kepala dengan air sejuk, kulit kepala akan menutup dan menghalang sebarang kotoran untuk berkumpul di kulit kepala anda.