5 Perkara Yang Lelaki Lakukan Selepas Putus Cinta

5 Perkara Yang Lelaki Lakukan Selepas Putus CintaBiasanya seorang wanita akan mengurung diri dan menangis selama beberapa hari selepas putus cinta. Adakah lelaki akan melakukan perkara yang sama jika putus cinta? Putus cinta sememangnya mampu membuatkan hati seseorang lelaki remuk dan fikiran terganggu. Teruskan bacaan anda untuk ketahui 5 perkara yang lelaki lakukan selepas putus cinta.

1. Makan Seorang Diri
Pergi ke restoran dan menikmati makan seorang diri atau duduk seorang diri dalam bilik dan makan makanan segera. Seorang lelaki sebanarnya cuba untuk mendapatkan kembali suasana nyaman dan tentang dengan makanan.

2. Menyibukkan Diri
Setelah putus cinta, biasannya seorang lelaki masih terbayang-bayangkan wajah bekas kekasih mereka. Cara paling mudah untuk menghilangkan bayangan wajah kekasih adalah dengan menyibukkan diri. Jika anda melihat adik-beradik anda yang secara tiba-tiba rajin, mungkin mereka baru sahaja putus cinta.

3. Mendengar Lagu Kenangan Bersama
Seorang lelaki yang baru sahaj putus cinta selalu mendengar lagu yang banyak menyimpan kenangan bersama pasangan. Sebenarnya perkara ini sangat menyakitkan.

4. Bersembunyi
Pernahkan anda melihat seorang lelaki menangis seorang diri di pawagam? Ini disebabkan mungkin lelaki tersebut pernah menonton filem yang ditonton itu bersama bekas kekasih. Kebiasaanya lelaki yang baru putus cinta akan cuba untuk menghindari tempat yang pernah dikunjungi bersama pasangan.

5. Menghubungi Teman
Sama seperti wanita, lelaki juga akan menghubungi teman terdekan untuk ajak keluar lepak dan berbual. Seorang teman mampu menghiburkan hati yang terluka sekali gus melupakan bekas kekasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.