5 Punca Kemandulan Lelaki

5 Punca Kemandulan LelakiLelaki Memainkan peranan kira-kira 24% dalam kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan anak. Namun kebanyakan daripada mereka dikategorikan sebagai kurang subuh dan bukannya kemandulan penuh. Hanya sejumlah kecil daripada mereka yang berjaya diketahui punca-punca spesifik kemandulan tersebut, selebihnya masih belum ditemui jawapan yang konkrit.

1. Bilangan Sperma Yang Tidak Mencukupi
Sesetengah lelaki mungkin mengalami masalah di mana kandungan sperma dalam testis mereka tidak benar-benar mencukupi. Faktor ini menyumbang kira-kira 16% kepada penyebab kemandulan bagi seseorang lelaki.

2. Struktur Sperma Yang Tidak Sihat.
Sebilangan lelaki juga mengalami masalah di mana kandungan sperma mereka kurang sihat. Rupa bentuk sperma yang tidak sihat dan kurang sempurna menyebabkan pergerakan sperma di dalam saluran persenyawaan isteri terganggu. Ini menyebabkan peratusan persenyawaan untuk menjadi sangat rendah.

3. Jangkitan Kuman Dan Bakteria.
Jangkitan kuman seperti gonoccal, chlamydia, gram negative enterococci menyumbang kira-kira 4% kepada penyebab kemandulan. Jangkitan ini akan menyebabkan kesakitan semasa proses ejakulasi bersama isteri. Jangkitan juga boleh diperolehi melalui saluran persenyawaan isteri.

4. Faktor Kongenital Juga memainkan Peranan Di Dalam Kemandualan Lelaki. 
Ia boleh disebabkan oleh kromosom yang tidak sihat dan sempurna, juga boleh disebabkan faktor-faktor kongenital lain seperti sindrom klinefelter, cryptorchodism dan sebagainya.

5. Ubat Yang Diambil Perlu Mendapat Peskripsi Doktor.
Kanabis atau ganjia sebagai contohnya didapati mampu menyebabkan kemandulan kepada seseorang lelaki. Antibiotik Tetracycline akan menurunkan hormon testosteron sebanyak 20%. Nitrofurantoin pula akan menyekat dan membantutkan proses spermatogenesis (penghasilan sperma). Sulfasalazine pula akan mengurankan bilangan serta melambatkan pergerakan sperma semasa proses persenyawaan.

lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *