Ghairah seks seorang lelaki umumnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita. Namun ada kalanya seorang lelaki boleh hilang rasa ghairahnya ditempat tidur. Banyak perkara yang menyebabkan hal ini terjadi. Ketahui 5 sebab lelaki menolak hubungan seks dengan meneruskan bacaan anda.
1. Tidak Percaya Pada Diri Dengan Kemampuan Seksual
Beberapa gangguan seperti ejakulasi yang terlalu awal mampu membuatkan seorang lelaki hilang kepercayaan pada diri. Oleh itu, cuba fokus pada hal lain seperti bermesraan, bercium atau menghabiskan masa bersama untuk mengembalikan rasa percaya pada diri itu kembali.
2. Tertekan Kerana Pekerjaan
Tekanan ketika kerja merupakan penyebab yang paling ketara kenapa lelaki menolak hubungan seks dengan isteri. Hormon tekanan akan mengakibatkan seorang lelaki enggan untuk melakukan hubungan intim. Jika ini yang terjadi pada suami anda, lakukan foreplay yang lambat dan menenangkan seperti mandi bersama.
LAGI : 5 Sensasi Foreplay Tanpa Menggunakan Tangan
3. Ada Masalah Pada Hubungan Anda Berdua
Bagi lelaki, pemikiran dan tubuh sangat berkait rapat ketika melakukan hubungan seks. Jika ada masalah antara anda denga suami, ianya akan menurunkan rasa ghairah pasangan. Selesaikan dahulu masalah yang melanda sebelum melakukan hubungan seks.
4. Bosan
Dalam hubungan jangka panjang, rasa bosan pasti akan timbul dan akan kurang rasa intim ketika melakukan hubungan seks. Tenang, si suami bukan bosan dengan anda, tapi pada hubungan seks yang anda lakukan itu. Mungkin suami sudah bosan sebab asyik kena memulakan hubungan seks terlebih dahulu. Cuba anda sebagai isteri yang menggoda pasangan anda dengan cara seksi dan kreatif.
5. Tidak Seksi
Lelaki yang sudah bernikah kebiasaanya jarang menjaga tubuh mereka hingga menjadi gemuk dan merasa tidak seksi. Cuba untuk tetap menghargai pasangan anda dan tidak memandang bentuk fizikalnya. Ini bertujuan agar hubungan seks anda tetap romantik.
LAGI : 6 Cara Menggoda Pasangan Dengan Payudara