5 Sebab Tiada Hubungan Seks Di Malam Pertama Selepas Bernikah

5 Sebab Tiada Hubungan Seks Di Malam Pertama Selepas BernikahDi Malaysia, istilah malam pertama sudah semestinya tidak asing lagi. Malam pertama adalah sebuah istilah di mana pasangan suami dan isteri yang baru bernikah melakukan hubungan seks untuk pertama kalinya setelah bergelar suami isteri yang sah. Namun apa yang sebenarnya yang berlaku, ramai diantara pasangan yang sudah bernikah tidak melakukan hubungan seks di malam pertama. Ketahui 5 sebab tiada hubungan seks di malam pertama selepas bernikah dengan meneruskan bacaan anda.

1. Terlalu Penat
Majlis perkahwinan sudah semestinya menghabiskan banyak tenaga. Pengantin terpaksa bangun seawal pagi untuk disolek dan melakukan pelbagai perkara hingga majlis perkahwinan berlangsung.

LAGI : 5 Perkara Yang Boleh Dilakukan Di Malam Pertama

2. Pengantin Wanita Bad Mood
Ada juga alasan lucu iaitu mood pengantin wanita terganggu ketika majlis perkahwinan. Suami berlawak dengan mengatakan makeup yang dikenakan tidak sesuai dan cuaca majlis terlalu panas mampu membuatkan mood pengantin wanita terganggu.

3. Simpan Untuk Bulan Madu
Sebab lain tiada hubungan seks di malam pertama adalah ingin melakukan hubungan seks ketika berbulan madu. Jika dilaku dirumah selepas majlis perkahwinan, pasti suasana masih sibuk dan tidak selesa. Oleh sebab itulah, ramai memilih untuk melakukan hubungan seks ketika berbulan madu.

LAGI : 4 Tips Bulan Madu Yang Romantik

4. Keluarga Ajak Berbual
Majlis perkahwian pasti dihadiri ramai ahli keluarga terutamanya keluarga yang sudah lama tidak berjumpa. Oleh yang demikian, ahli keluarga ini bersuai kenal dengan pengantin baru dan memberikan sedikit nasihat disamping berbual hingga larut malam. Kesannya, pengantin berasa penat dan terpaksa menunda hubungan seks di malam pertama.

5. Majlis Perkahwinan Yang Lama
Kalau dulu, majlis perkahwinan hanya dijalankan sehari sahaja. Namun sekarang, majlis perkahwinan dilakukan lebih  dari sehari. Ada yang melakukan majlis perkahwinan selama 3 hari berturut-turut dengan pelbagai adat dilakukan.

LAGI : Kesalahan Malam Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.