Ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki, jangan terlalu mudah untuk menyalahkan lelaki. Sebenarnya tidak semua perkara berpunca dari lelaki. Adakalanya punca sesebuah masalah datangnya dari wanita yang salah erti tentang sikap lelaki. Teruskan bacaan anda untuk ketahui 5 sikap lelaki yang disalah ertikan wanita.
1. Dia Ketawa Ketika Lawak Yang Anda Lakukan Tidak Lucu
Adakalanya ketika anda buat lawak, lawak anda tidak berhasil. Namun apa yang memeranjatkan anda wahai wanita, pasangan anda masih mampu ketawa dengan lawak tidak menjadi anda. Lelaki sebenarnya hanya ingin menghargai apa yang cuba anda lakukan. Oleh itu jangan salah erti tentang sikap lelaki.
2. Tidak Pernah Bosan Mendengar Keluhan Anda
Lelaki adalah makhluk yang mudah bosan. Walaupun lelaki kelihatan diam dan biasa-biasa sahaja dengan keluhan anda, mereka sebenarnya suka mendengar apa yang anda keluhkan. Mereka suka cerita yang berbeza dari anda wahai wanita.
3. Mereka Kata Inginkan Wanita Seperti Anda
Jangan terus terasa berada diawangan bila lelaki katakan yang mereka inginkan wanita seperti anda. Belum tentu mereka sukakan anda. Jika belum mereka sukakan anda, kenapa tidak terus terang. Betul?
4. Lelaki Selalu Menggoda Bermakna Suka?
Menurut wanita, bila seorang lelaki selalu menggoda dan mengajak bergurau ini ertinya ia mengemari anda. Sebenarnya tidak, ada sesetengah lelaki berpelakukan sedemikian bagi menghilangkan rasa malu dan ada setengahnya memang ramah dengan semua orang lagi-lagi wanita.
5. Mereka Kata Anda Dan Dia Banyak Kesamaan
Perkara ini sama seperti point di atas. Banyak persamaan tidak bererti anda cocok. Mungkin kebetulan lelaki yang suka bergurau dengan anda mempunyai persamaan dengan anda. Oleh jangan mudah menyalah ertikan tentang 5 sikap lelaki ini.