5 Tanda Anda Adalah Wanita Yang Membosankan

5 Tanda Anda Adalah Wanita Yang MembosankanAdakah anda sering merasa hidup anda begitu membosankan? Tidak mempunyai ramai kawan dan juga hidup single dalam jangka masa yang lama? Mungkin bukan hidup anda yang membosankan tapi diri anda yang membosankan. Ketahui ciri-ciri wanita yang membosankan dengan meneruskan bacaan anda. Semoga anda tidak tergolong dalam wanita yang membosankan.

1. Gembira Bila Kawan Membatalkan Niat Untuk Keluar Bersama
Adakalanya kita tidak bertemu dengan kawan dalam jangka masa yang lama dan ingin bertemu di hujung minggu. Namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab yang tertentu. Sebaliknya anda tidak bersedih dengan tidak jadi bertemu malahan anda menjadi gembira kerana tidak perlu jumpa dengan kawan tadi.

2. Jarang Keluar Jalan-Jalan Atau Berhibur
Anda sangat jarang untuk keluar jalan-jalan dan berhibur. Anda lebih suka menghabiskan masa duduk di rumah dan sering menolak pelawaan bila diajak keluar. Jika anda memang memerlukan ruang untuk sendiri, ianya tidak mengapa. Tapi jika sudah selalu, ianya akan mendatangkan buruk sangka.

3. Tidak Berubah
Ketika orang lain bertanya tentang anda, anda bingung untuk menjawabnya kerana hidup anda seolah tidak berubah dan begitu sahaja.

4. Terlalu Serius
Hidup itu menyenangkan, ada perkara yang tidak perlu difikir secara serius dan mampu membuatkan anda ketawa. Namun bagi anda semua serius. Apa yang anda inginkan ialah semuanya mengikut apa yang anda fikirkan hingga sukar untuk menerima perubahan. Walhal perubahan dalam hidup adalah sebahagian warna-warni dalam kehidupan.

5. Sering Kritik
Disebabkan anda tidak suka akan perubahan, anda sering mengkritik itu dan ini. Bagi orang lain, perubahan dan inovasi adalah kegembiraan namun bagi anda itu semua lebih mendatangkan negatif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.