7 Cara Ubah Ruang Sempit Menjadi Lebih Besar Dan Lapang

7 Cara Ubah Ruang Sempit Menjadi Lebih Besar Dan LapangRuang sempit mampu membuatkan pergerakan kita terbatas. Kita harus memikirkan cara untuk mengubah ruang yang sempit kelihatan besar dan lapang. Perubahan ini akan memberi ruang kepada anak anda bermain dengan lebih selesa disamping selamat. Oleh itu, ketahui 7 cara ubah ruang sempit menjadi lebih besar dan lapang dengan teruskan bacaan anda.

1. Gunakan Perabot Multifungsi
Pilih perabut yang mempunyai keupayaan multifungsi. Dengan ini, anda akan menjimatkan penggunaan ruang.

2. Pilih Warna Cat Yang Terang
Warna gelap mampu membuatkan sesuatu ruang kelihatan elegan. Tapi untuk ruang yang sempit, digalakan untuk menggunakan warna cat yang terang seperti kuning, hijau muda ataupun biru langit.

3. Pasang Cermin
Sebuah cermin mampu memberikan suatu dimensi baru. Refleksi yang dihasilkan cermin membuatkan ruang lebih luas.

LAGI : 6 Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Dihadapan Anak

4. Pilih Lukisan Monokrom
Lukisan juga mampu membuatkan ruang yang sempit kelihatan besar. Pilih lukisan yang mempunyai asas satu warna sahaja. Jika warna asasnya putih, warna gabungnya adalah putih tulang dan krim.

5. Warna Syiling Yang Terang
Dengan mengenakan warna terang pada syiling, perhatian kita akan mudah teralih ke atas. Ini akan membuatkan kita terasa ruang yang sempit itu kelihatan tinggi.

6. Pilih Tingkap Kaca
Ruang yang menggunakan tingkap kaca akan membuatkan ruang tersebut kelihatan sangat lapang. Dengan dapat melihat permandangan luar, kita tidak merasa sesak bila di dalam.

LAGI : 5 Kesan Penggunaan Gadget Bagi Anak

7. Susun Mengikut Warna
Susun peralatan didalam ruang yang sempit itu mengikut warna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.