9 Perkara Tidak Sihat Di Pejabat

9 Perkara Tidak Sihat Di PejabatBekerja dalam suasana pejabat ada kesan positif dan negatifnya. Apa yang untungnya, anda tidak akan merasa panas kerana selalu berada dalam ruang yang mempunyai penyaman udara dan tidak terasa penatnya kerana lebih banyak duduk menghadap komputer. Namun tahukah anda bahawa suasana begitu juga mampu mendatangkan kesan negatif kepada anda yang bekerja di pejabat? Teruskan bacaan anda untuk ketahui 9 perkara tidak sihat di pejabat.

1. Meja Yang Berselerak
Sebuah meja yang selerak mampu membuatkan anda lebih tertekan. Bukan itu sahaja, peralatan yang terdapat di atas meja anda mudah dihinggap kuman. Bagi pejabat yang mempunyai pembersih, ianya satu keuntungan bagi anda. Namun bagi yang tidak memiliki, elok kemasnya dengan kadar segera. Meja kerja yang kemas juga membolehkan anda bergerak dengan bebas.

2. Posisi Duduk Yang Salah
Mungkin anda akan menghabiskan banyak masa di pejabat. Oleh kerana itu, anda harus duduk dalam posisi yang betul dan selesa. Ubah ketinggian kerusi dan jangan biarkan diri anda tergantung. Posisi lutut hari 90darjah dan screen komputer haruslah selari dengan mata anda agar anda tidak berasa penat.

3. Posisi Yang Sama
Walaupun anda duduk dalam keadaan yang betul dan selesa, itu tidak bererti anda masih selamat. Badan dan fikiran memerlukan penyegaran ketika melakukan kerja. Buat sedikit senaman kecil beberapa minit dan sambung kerja anda semua.

4. Bergosip
Bergosip ditempat kerja akan mengganggu hasil kerja anda. Hindarkan aktivit bergosip ditempat kerja untuk menjaga nama baik anda sendiri.

5. Snak Yang Tidak Sihat
Makan ketika bekerja menjadi perkara yang biasa dan sering dilakukan para pekerja. Anda sememangnya memerlukan makanan mahupun snak untuk terus fokus bekerja dan menambah tenega. Akan tetapi, pilihlah snak yang sihat seperti buah atau kacak almond pada pagi atau petang.

6. Lambat Makan Tengah Hari
Pekerja di pejabat selalu lambat makan tengah hari kerana kerja yang terlalu banyak. Mereka selalunya akan memilih fast food. Jangan biarkan perkara ini terus berlaku. Anda akan terpaksa mengambil makan malam yang banyak jika tidak makan tengah hari. Ini tidak elok bagi tubuh badan anda kerana makan terlalu banyak pada waktu malam.

7. Makan Di Meja Kerja
Perlakuan buruk ini sering kali dilakukan oleh pekerja yang bekerja di pejabat padahal mereka ada masa untuk makan diluar untuk merehatkan badan dan fikiran dari kerja. Makan di meja kerja boleh menyebabkan anda gemuk kerana kurangnya bergerak selepas makan.

8. Kurang Minum Air Kosong
Air kosong merupakan salah satu perkara yang sangat diperlukan badan. Anda harus minum air kosong secukupnya lagi-lagi jika banyak duduk. Terlalu banyak duduk dan kurang minum air kosong boleh menyebabkan penyakit ginjal.

9. Kerja Lebih Masa
Ada sesetengah kerja memerlukan anda untuk kerja lebih masa dari yang sepatutnya. Sesekali melakukan overtime tidak mengapa. Jika selalu melakukan overtime, ianya akan mendatangkan tekanan kepada anda kelak. Bahagi masa anda secukupnya untuk kerja dan keluarga sambil bersantai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.