9 Tips Memastikan Hubungan Antara Anak Sentiasa Erat

9 Tips Memastikan Hubungan Antara Anak Sentiasa Erat

Everydayfamily.com

Didikan dibu bapa untuk membentuk hubungan erat dan kasih sayang antara anak-anak perlu dimulakan dari awal usia supaya mereka membesar dengan penuh rasa hormat dan sayang antara satu sama lain. Disini disenaraikan tips boleh dikongsi oleh ibu bapa dalam memastikan hubungan antara anak-anak mereka.

1. Tunjukkan Kasih Sayang
Ibu bapa perlu menunjukkan kasih sayang dengan mencium,memeluk dan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik kepada anak-anak. Apabila anak-anak dipeluk dan mendegar kata-kata positif, mereka berasa disayangi, selamat dan tenteram. Perilaku positif akan terbit dan ia turun di tunjukkan kepada adik-beradik mereka.

2. Menghargai Satu Sama Lain
Sentiasa menggalakkan sikap sopan dan menghargai dalam kalangan anak-anak misalnya meminta anak bercakap dengan nada yang baik dan mengucapkan ‘terima kasih’atau ‘tolong’ apabila bercakap sesama mereka. Ini akan mengajar anak untuk saling menghormati.

3. Elak Rasa Tidak Puas Hati
Tidak sesekali menggalakkan seorang anak memarahi adiknya kerana ia boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dan marah hingga merosakkan hubungan adik-beradik.

4. Ambil Hati
Terap nilai mengambil berat dalam diri anak-anak. Sekiranya ada yang demam, minta anak yang lain membantu ibu baapa meletakkankain lembap pada dahi atau memerikas suhu badan terkini. Galkkan anak membantu antara satu sama lain.

5. Jaga Si Kecil
Ingatkan anak yang lebih besar untuk sentiasa menjaga adiknya dan memastikan mereka dalam keadaan selamat. Ceritakan mengenai kelemahan adik yang masih kecil dan masih tidak pandai menjaga diri

6. Berbaik Sesama Anak
Apabila anak mula bertengkar, terangkan secara baik kepada abang atau kakak bahawa adiknya masih kecil dan tidak memahami sesuatu perlakuan atau kata-kata. Galakkan anak tidak melawan, sebaliknya berdamai. Ibu bapa juga perlu senitasa mengingatkan diri sendiri bahawa pertengkara dalam kalangan anak-anak yang masih kecil satu perkara biasa dan akan berlalu seiring usia mereka semakin mata dan bijak. Didikan positif ibu bapa akan memberi asas kepada hubungan erat anak-anak.

7. Nilai Positif
Nilai positif yang diterap dalam diri anak-anak sejak kecil  dan hubungan yang baik dengan adik-beradik melahirkan insan yang sabar, bertolak ansur, memntingkan kebaikan bersama dan mudah membantu.

8. Tiada Guna Pilih Kasih
Ibu bapa tidak boleh sesekali berat sebelah, pilih kasih atau menunjukkan perhatian lebih kepada seorang anak berbanding anak yang lain. Sikap sebegitu akan mewujudkan rasa marah dan benci bukan sahaja terhadap ibu bapa tertapi kepada adik, abang atau kakak yang mendapat perhatian lebih. Kasih sayang antara adik-beradik akan terlerai, malah ia boleh merosakkan hubungan dengna keluarga.

9. Cipta Kenangan
Beri sebanyak masa kepada anak-anak untuk bermain dan bersama-sama melakukan perkara yang mampu menigngalkan memori indah dalam hidup mereka. Bawa anak-anak melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti mandi di tepi pantai atau menghasilkan sesuatu ciptaan.

Hasil penulisan Faizatul Farlin Farush Khan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.