
Protozoa99.blogspot
Petai adalh sejenis tanaman berasal dari negara tropika seperti Malaysia dan Indonesia dengan nama latin parkia speciosa. Buahnya dijadikan ulam untuk membuka selera yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan walaupun baunya agak kuat.
Petai mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang menghasilkan tenaga secara semula jadi untuk badan. Ia juga mengandungi pelbagai zat seperti protien, karbohidrat, vitamin A, vitamin dan mineral.
Selain membantu mengurangkan masalah anemia, ia juga baik untuk mata, melancarkan sistem pencernaan dan mencegah angin ahmar.
Kajian menunjukkan amalan makan petai secara teratur mampu mengurangkan 40 peratus risiko menghidap angin ahmar.
Hasil penulisan Rahayu Mohd Salleh.