4 Perkara Yang Lelaki Fikirkan Ketika Jatuh Cinta

4 Perkara Yang Lelaki Fikirkan Ketika Jatuh Cinta

Foto ThinkStockPhotos.com

Ketika wanita jatuh cinta, apa yang ada didalam fikiran mereka adalah melakukan perkara yang menyenangkan bersama pasangan dan merancang masa depan. Namun begitu, adakah lelaki juga berfikiran sedemikian? Berikut adalah perkara yang lelaki fikirkan ketika jatuh cinta. 

1. Dari Mata Turun Ke Hati
Pertama sekali apa yang lelaki fikirkan ketika jatuh cinta adalah cara mereka menandang wanita dan menilainya secara fizikal. Mereka akan lihat hidung, bibir, mata mahupun bahagian tubuh lain dan ini adalah perkara pertama bagi lelaki memilih pasangan.

2. Merasa Tergila-gila
Jika lelaki sudah menatap anda seseorang wanita yang dicintai, mereka akan mula merasa tergila-gila. Ketika ini mereka akan menetapkan komitmen untuk memiliki anda.

3. Berharap Lebih Intim
Lelaki yang sudah tergila-gila pada wanita akan berharap melakukan perkara yang lebih intim ataupun peribadi. Bagi mereka yang mampu untuk mengawal diri dari melakukan sesuatu yang mencemarkan kesucian, mereka akan lelaki yang matang dan dewasa. Namun ada juga yang gagal untuk menghalang semua itu hingga berlakunya seks bebas. Lelaki seperti ini tidak seharusnya dijadikan kekasih mahupun pasangan hidup.

4. Menegaskan Anda Adalah Miliknya
Seorang lelaki yang jatuh cinta akan melakukan segala perkara untuk menegaskan anda adalah miliknya. Bila mereka sudah melakukan perkara ini, mereka tidak berasa segan untuk berbicara soal masa depan dan berfikir untuk menikahi anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *